Tahanan larikan diri dari Mahkamah Kota Bharu berjaya ditangkap semula

KOTA BHARU – Seorang orang kena tuduh (OKT) bertindak melarikan diri selepas rayuannya ditolak Mahkamah Tinggi Kota Bharu, namun berjaya ditahan semula oleh polis dalam kejadian semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi ketika OKT berusia lingkungan 30-an itu diiringi anggota bertugas menuju ke sel lokap Kompleks Mahkamah Kota Bharu.

“Rayuan lelaki itu ditolak apabila hukuman penjara 24 bulan dan tiga sebatan yang dijatuhkan ke atasnya dikekalkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi.

“Semasa dalam kawalan anggota, lelaki berkenaan tiba-tiba bertindak melarikan diri, namun berjaya ditangkap dengan segera oleh pihak polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas mengenai video tular di media sosial yang memaparkan beberapa anggota polis mengejar seorang lelaki dipercayai lolos dari mahkamah sehingga mencetuskan kekeliruan dalam kalangan orang ramai.

Menurutnya, dakwaan yang menyatakan lelaki itu adalah seorang banduan adalah tidak benar kerana statusnya masih sebagai OKT yang berada di bawah jaminan mahkamah ketika kejadian berlaku.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dan tidak sewenang-wenangnya berkongsi kandungan di media sosial yang boleh menimbulkan kekeliruan atau menggugat ketenteraman masyarakat,” katanya.

#KelantanDaily
Sumber: Berita Harian, Kosmo

TERKINI

Penoreh Getah Dipenjara 24 Tahun, 12 Sebatan Amang Seksual Anak Kandung
|
Seorang penoreh getah dijatuhi hukuman penjara 24 tahun dan…
Inspektor Polis Didakwa Minta, Terima Suapan RM12,000 Di Jeli
|
Seorang pegawai polis berpangkat inspektor didakwa di Mahkamah Sesyen…
Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!