“Selamat tinggal Proton Iriz” – Model proton tersebut telah tamat pengeluaran

SHAH ALAM – Proton Iriz telah menutup tirai pengeluarannya semalam apabila unit terakhir model hatchback itu keluar dari kilang, menandakan berakhirnya perjalanan selama 11 tahun sejak dilancarkan pada September 2014.

Walaupun Iriz bukan model terlaris dalam segmennya, ia tetap dikenang sebagai hatchback dengan pengendalian dan kestabilan pemanduan terbaik, hasil kejuruteraan Proton yang sering mendapat pujian peminat automotif tempatan.

Sepanjang lebih satu dekad di pasaran, Iriz melalui beberapa kemas kini reka bentuk dan teknologi, termasuk penambahbaikan sistem transmisi, ciri keselamatan serta keselesaan pemanduan.

Bagi peminat setia, Iriz akan terus diingati sebagai model yang menyeronokkan untuk dipandu dan mempunyai "jiwa" tersendiri dalam barisan kenderaan Proton.

#KelantanDaily

TERKINI

Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
KRW FC Tangguh Pengambilan Pemain Baharu, Tunggu Isu Teknikal Selesai
|
Ketua Jurulatih Kelantan Red Warriors (KRW) FC, Irfan Bakti…
46 Projek Bernilai RM207.2 Juta Diluluskan Untuk Pasir Puteh
|
Pasir Puteh bakal menerima suntikan pembangunan apabila kerajaan meluluskan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!