Pengantin lelaki kemalangan, akad nikah dibuat dalam wad Hospital Kuala Krai

KUALA KRAI, 5 September 2025 – Suasana penuh syahdu menyelubungi Wad 6C Ortopedik Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) apabila sebuah majlis akad nikah berlangsung di dalam hospital berkenaan, sesuatu yang jarang sekali dapat disaksikan.

Pengantin lelaki, Che Muhammad Rifqi Danial bin Che Alias, 25, yang dimasukkan ke wad berkenaan pada 1 September lalu akibat kemalangan jalan raya, tetap meneruskan majlis penyatuan hati bersama pasangannya, Nur Sufia Amalin binti Che Ramli, 26.

Menurut pihak hospital, kedua-dua keluarga memohon agar akad nikah tetap diteruskan memandangkan persiapan telah lama dilakukan. HSIP melalui Inisiatif Hospital Mesra Ibadah (HMI) dengan penuh rasa tanggungjawab membenarkan serta menyediakan ruang khas agar majlis berjalan lancar.

“Setinggi penghargaan diberikan kepada pihak pengurusan, Jabatan Ortopedik, warga kejururawatan, Jawatankuasa HMI, Unit Komunikasi Korporat serta Unit Keselamatan yang membantu menjayakan majlis istimewa ini,” menurut kenyataan HSIP di laman Facebook rasminya.

Majlis akad nikah berkenaan berlangsung penuh sederhana namun meriah, dengan dihadiri keluarga terdekat kedua-dua pasangan.

Semoga pasangan mempelai ini berbahagia dan diberkati hingga ke jannah.

#KelantanDaily

TERKINI

Inspektor Polis Didakwa Minta, Terima Suapan RM12,000 Di Jeli
|
Seorang pegawai polis berpangkat inspektor didakwa di Mahkamah Sesyen…
Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
KRW FC Tangguh Pengambilan Pemain Baharu, Tunggu Isu Teknikal Selesai
|
Ketua Jurulatih Kelantan Red Warriors (KRW) FC, Irfan Bakti…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!