Masa pelepasan KB Halfmarathon diawalkan hormati waktu Subuh

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan memutuskan untuk mengawalkan masa pelepasan acara Kota Bharu Halfmarathon (KB Halfmarathon) 2025 pada Sabtu ini bagi menghormati waktu solat Subuh.

Exco Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat negeri, Zamakhshari Muhamad berkata, pelepasan larian halfmarathon akan bermula seawal jam 3 pagi, 10 kilometer pada 4 pagi, manakala kategori 5 kilometer pada 7.30 pagi.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas edisi lalu mendapati masih ada peserta berada di trek ketika masuk waktu solat, sekali gus menimbulkan isu.


Menurutnya, seramai 3,142 peserta mengambil bahagian kali ini berbanding 2,055 tahun lalu dengan 66 peratus daripadanya peserta luar Kelantan. Larian ini turut dianjurkan sempena kempen Indahnya Kelantan yang memberi peluang peserta bercuti bersama keluarga.

KB Halfmarathon menampilkan tiga kategori iaitu 21km, 10km dan 5km dengan tema hitam putih sempena warna bendera Jajahan Kota Bharu. Turut serta ialah pelari jarak jauh negara, pasangan suami isteri Nik Fakaruddin Ismail dan Nur Amelia Musa.

#KelantanDaily
Sumber: Sinar Harian

TERKINI

Seakan Pertubuhan Rasmi, Pelarian Rohingya Lantik Ketua Setiap Daerah Di Kelantan
|
Tular di media sosial mengenai kewujudan sebuah laman yang…
Bekal Air Ketum Kepada Nelayan, Dua Lelaki Ditahan Di Tok Bali
|
Kegiatan membekalkan air ketum kepada nelayan dan awak-awak kapal…
Warga Emas Ditahan Bawa 800kg Beras Seludup Dari Thailand Di Tanah Merah
|
Cubaan seorang lelaki warga emas untuk meloloskan diri daripada…
Ronaldo Pemain Pertama Jaring Gol Dalam Enam Piala Dunia
|
Cristiano Ronaldo terus mengukuhkan statusnya sebagai antara pemain terhebat…
Israel Dijangka Berperang Dengan Mesir Dalam Tempoh 15 Tahun
|
Seorang aktivis Zionis terkemuka meramalkan Israel berkemungkinan berdepan peperangan…
Tanah Diusahakan 20 Tahun Disita, Peneroka Gua Musang Tuntut Siasatan
|
Peneroka di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR Chalil, Gua…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!