‘Kelate Rugby’ janji aksi mantap, sasar julang Piala Agong 2025

SHAH ALAM – Persatuan Ragbi Negeri Kelantan (PRNK) secara rasmi memperkenalkan identiti baharu pasukan, Kelate Rugby, yang akan membawa cabaran negeri itu dalam Kejohanan Ragbi Piala Agong 2025.


Rekod cemerlang selaku empat kali juara kejohanan berprestij itu menjadi pembakar semangat pasukan untuk kembali merampas takhta selaku kuasa besar ragbi kebangsaan, selepas kali terakhir muncul juara pada edisi 2012.


Presiden PRNK, Riduannor Sarif, berkata skuad kali ini dibina dengan gabungan seimbang antara tonggak tempatan dan tenaga luar.


“Sekurang-kurangnya 70 peratus pemain kita adalah bakat tempatan dari Negeri Cik Siti Wan Kembang, malah ada yang kembali menyarung jersi negeri selepas beraksi bersama kelab lain.


“Kehadiran tiga pemain import muda dari Fiji pula diyakini dapat menambah kekuatan pasukan untuk bersaing,” katanya.


Ketua jurulatih, Hafiez Zakaria, pula optimis barisan kali ini mempunyai keseimbangan antara pemain muda dan senior yang mampu menghadirkan kelainan.


“Dengan gabungan pengalaman pemain lokal yang sebelum ini berkelana di pasukan luar kini kembali berkhidmat untuk Kelantan, campuran tonggak senior dan muda serta bantuan import mampu merealisasikan impian kita.


“Pasukan Kelantan akan memberikan yang terbaik pada setiap perlawanan,” katanya ketika ditembual Nadi Arena.


Menurut Riduannor, selain persediaan taktikal dan teknikal, aspek keyakinan mental pemain turut diberi penekanan untuk mengatasi cabaran daripada pasukan gergasi seperti Selangor, PDRM dan Johor.


Untuk rekod, skuad ragbi Kelantan pernah melakar hatrik kejuaraan Piala Agong pada 2010, 2011 dan 2012, sekali gus meletakkan mereka sebagai salah satu gergasi ragbi tanah air. –#KelantanDaily


Sumber: Stadium Astro, Utusan

TERKINI

Rezeki Haji Sekeluarga, Isteri Simpan Hasil Toreh Getah Suami Jual Lembu Demi Ke Tanah Suci
|
Rezeki menunaikan haji tahun ini benar-benar menjadi kenangan paling…
Kutipan Zakat MAIK 2025 Cecah RM354.6 Juta, Tertinggi Dalam Sejarah Kelantan
|
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)…
Abang Ipar Upah RM15 Satu “Trip” Seludup Petrol Ke Thailand
|
Taktik licik penyeludup yang membuat pembelian petrol secara berulang…
Dua Remaja Perempuan Mengaku Jadi Pengintip Tekong Darat Seludup PATI
|
Dua remaja perempuan dipercayai berperanan sebagai pengintip kepada tekong…
1,000 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Sandakan, PM Arah Bantuan Segera
|
Kebakaran besar di perkampungan atas air Kampung Bahagia, Sandakan…
Tujuh Lelaki Didakwa Pakai Pakaian Wanita Di Apartment Jalan Mahmood
|
Tujuh lelaki didakwa di Mahkamah Rendah Syariah di sini…
Jawatan Kosong Kelantan