Beruang Matahari berkeliaran, penduduk Kampung Jerek, Gua Musang resah

GUA MUSANG – Lebih 3,000 penduduk tujuh kampung di Kampung Jerek hidup dalam kebimbangan selepas seekor beruang matahari dilihat berkeliaran sejak 25 Ogos lalu, termasuk di kawasan pembuangan sampah berhampiran rumah dan sekolah.

Pengerusi kuarters SMK Tengku Bendahara, Nor Suzlina Umar, berkata haiwan itu kerap mencari makanan di kawasan berkenaan sehingga menyebabkan penduduk terpaksa mengurangkan aktiviti luar rumah dan membuat laporan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

“Jumaat lepas, kira-kira jam 9 malam, anak-anak saya ternampak beruang itu ketika mereka bermain berhampiran rumah. Ia berada di kawasan pembuangan sampah dipercayai mencari makanan,” katanya.

Seorang penduduk, Muhammad Faiz Ahmad Fadzli, 36, pula sempat merakam kelibat haiwan berkenaan kira-kira 200 meter dari rumahnya.

“Saya nampak ia sedang menyelongkar longgokan sampah di belakang bangunan perumahan. Tinggi haiwan itu dianggarkan enam hingga tujuh kaki,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Ismail Shafii, 41, berharap haiwan liar tersebut dapat segera ditangkap kerana bimbang keselamatan pelajar sekolah berasrama yang kerap beriadah di padang berhampiran.

Pengarah Perhilitan Kelantan, Mohamad Hafid Rohani, mengesahkan pihaknya telah menerima aduan dan melakukan pemantauan. Beliau turut menasihatkan penduduk supaya menguruskan sampah dengan baik serta mengelakkan pembuangan sisa makanan yang boleh menarik perhatian beruang tersebut.

#KelantanDaily
Sumber: Bernama

TERKINI

APM Ambil Masa Lebih 5 Jam Pindahkan Pesakit Obesiti 180kg Di Pasir Mas
|
Angkatan Pertahanan Awam (APM) mengambil masa lebih lima jam…
Pilihan Raya Negeri SG4 Dijangka Diadakan Serentak Dengan PRU16
|
Empat negeri yang ditadbir Perikatan Nasional (PN) iaitu Kelantan,…
200 Unit Vape Bernilai RM20,000 Dirampas Di Tepi Sungai Golok
|
Cubaan menyeludup 200 unit peranti vape ke Thailand gagal…
RESET Himpun 20,000 Penyokong, Fokus Bantu PAS Menang PRU
|
Pimpinan Gerakan RESET menegaskan mereka berjaya menghimpunkan kira-kira 20,000…
Kelantan Catat Kadar Penagih, Penyalahgunaan Dadah Tertinggi – AADK
|
Kelantan terus merekodkan kadar tertinggi penyalahgunaan dadah di Malaysia…
Facebook Dan Messenger Alami Gangguan, Pengguna Di Seluruh Dunia Terjejas
|
Platform media sosial Facebook dan aplikasi Messenger dilaporkan mengalami…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!