Mufti Kelantan sokong cadangan Ketua Polis Kelantan

KOTA BHARU – Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamed menyifatkan cadangan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat supaya tindakan undang-undang dikenakan terhadap kedua-dua pihak dalam kes rogol melibatkan hubungan sukarela atau “suka sama suka” sebagai sesuatu yang wajar diperhalusi.

Menurut beliau, walaupun cadangan itu merupakan pandangan peribadi, ia menyentuh aspek keadilan serta pelaksanaan undang-undang sivil dan syariah yang sedang berkuat kuasa.

“Secara peribadi, saya berpandangan undang-undang sedia ada perlu dinilai semula supaya setiap pihak yang terbabit diberi perhatian adil.

“Malah, dalam apa-apa tindakan, ibu bapa juga wajar dilibatkan terutama apabila kes melibatkan remaja bawah umur dan bukan sekadar diselesaikan begitu sahaja,” katanya kepada Bernama pada Selasa.

Beliau menambah, masalah sosial perlu ditangani daripada peringkat akar umbi dan bukan hanya selepas ia berlaku.

“Seperti masalah dadah, kerajaan berbelanja besar untuk menanganinya tetapi pembentukan hati dan iman sepatutnya ditekankan sejak di bangku sekolah lagi,” ujarnya.

Mohamad Shukri berkata, penyelesaian yang lebih terbuka perlu dirangka bagi mengelakkan ketidakadilan dalam isu berkaitan kesalahan moral dan jenayah syariah di negara ini.

Baru-baru ini, Datuk Mohd Yusoff mencadangkan agar hukuman dalam kes rogol “suka sama suka” turut dikenakan terhadap kedua-dua pihak supaya keadilan dapat dicapai.

#KelantanDaily
Sumber: Bernama

No posts found!

TERKINI

[VIDEO] “Hanya Di Kelantan” Masjid Tayang Tazkirah Pada Skrin Gergasi Raih Pujian
|
Tindakan Masjid An-Naim Sri Cemerlang di Kota Bharu menyiarkan…
Kalau Semua Pelakon Kelantan Ini Digabung Dalam Satu Filem, Confirm Meletup!
|
Kalau bercakap tentang pelakon berasal dari Kelantan, industri seni…
Kisah Bekas Bintang Filem Dewasa Dari Jepun Memeluk Islam Selepas Lawatan Ke Malaysia
|
Nama Kae Asakura atau lebih dikenali sebagai Rae Lil…
APM Ambil Masa Lebih 5 Jam Pindahkan Pesakit Obesiti 180kg Di Pasir Mas
|
Angkatan Pertahanan Awam (APM) mengambil masa lebih lima jam…
Pilihan Raya Negeri SG4 Dijangka Diadakan Serentak Dengan PRU16
|
Empat negeri yang ditadbir Perikatan Nasional (PN) iaitu Kelantan,…
200 Unit Vape Bernilai RM20,000 Dirampas Di Tepi Sungai Golok
|
Cubaan menyeludup 200 unit peranti vape ke Thailand gagal…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!