“Saya tak layak jadi Perdana Menteri” – Abdul Hadi Awang

ALOR SETAR – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan beliau tidak lagi sesuai untuk diangkat sebagai calon Perdana Menteri kerana faktor usia dan keadaan kesihatan yang semakin terbatas.

Ahli Parlimen Marang berusia 78 tahun itu berkata, panduan memilih pemimpin telah digariskan dalam Al-Quran, iaitu seseorang itu perlu berilmu, memiliki integriti, sihat serta gagah tubuh badan untuk memikul amanah besar.

Al-Quran sebut pemimpin mesti ada ilmu, berintegriti dan sihat. Orang macam saya sudah tidak layak, umur 78 tahun ini sesuai jadi penasihat sahaja. Biar orang muda di bawah 70 tahun yang lebih gagah menggalas tanggungjawab sebagai Perdana Menteri,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Muktamar Tahunan PAS ke-71 di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, di sini pada Isnin.

Menurut Abdul Hadi, keutamaan PAS kini adalah memenangi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) terlebih dahulu sebelum menentukan calon Perdana Menteri. Beliau menegaskan, soal pemimpin nombor satu negara itu akan ditentukan secara dalaman dalam kalangan gabungan Perikatan Nasional (PN).

“Kita bersedia memimpin Malaysia, tetapi keutamaan ialah menang pilihan raya dahulu. Perdana Menteri pula perlu memimpin secara kolektif, bukan diktator. Sebab itu Kabinet yang dibentuk mesti melibatkan ahli politik, teknokrat, malah boleh melantik senator bagi memastikan pemerintahan lebih inklusif,” katanya.

Beliau menambah, PAS mempunyai ramai tokoh berkelayakan untuk diketengahkan sebagai Perdana Menteri, termasuk daripada kalangan ahli akademik serta profesional. Katanya, pemimpin Islam juga perlu sedar bahawa tanggungjawab memimpin adalah amanah besar daripada Allah SWT.

“Kalau laksanakan kewajipan dengan baik, pemimpin akan mendapat ganjaran pahala. Tetapi jika gagal menunaikan amanah, balasannya adalah neraka. Sebab itu ramai takut memegang jawatan ini. Namun kita mesti tentukan siapa yang benar-benar layak berdasarkan ciri-ciri kepimpinan yang telah digariskan Islam,” jelasnya.

#KelantanDaily
Sumber: Astro Awani, Sinar Harian, Berita Harian

TERKINI

Bomba Kelantan Rekod 1,509 Kes Kebakaran Terbuka Sejak Mac, Bachok Tertinggi
|
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan merekodkan peningkatan…
Kelantan Sasar Pasaran China & Singapura, Rangka Promosi Pelancongan Lebih Efektif
|
Kerajaan Negeri Kelantan kini merangka pendekatan promosi pelancongan yang…
Bengkel Kereta Di Jalan Long Yunus Kota Bharu Terbakar, Lima Kenderaan Hangus
|
Sebuah bengkel kereta di Jalan Long Yunus, Kota Bharu…
Pengeluaran Dron Serangan Iran Meningkat 10 Kali Ganda Sejak Perang
|
Kadar pengeluaran dron serangan Iran dilaporkan meningkat sehingga 10…
YIK Lahirkan 5,720 Huffaz, 432 Graduan Tahfiz Dirai Dalam Majlis Graduasi Kali Ke-16
|
Yayasan Islam Kelantan (YIK) berjaya melahirkan seramai 5,720 huffaz…
MB Manfaat Lawatan PM Sabtu Ini, Bincang Pembangunan Perlu Disegerakan
|
Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke…
Jawatan Kosong Kelantan