Tampar Polis Selepas Diminta Tunjuk IC, Warga Emas Dipenjara Sebulan

Seorang warga emas dipenjara sebulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Krai atas pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap seorang penjawat awam minggu lalu.

Majistret Amal Razim Alias menjatuhkan hukuman itu terhadap Mat Saair Setapa, 66.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara sebulan sekiranya gagal membayar denda RM1,000.

Bagaimanapun, tertuduh gagal membayar denda berkenaan.

Tampar Pipi Anggota Polis

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap seorang lelaki berusia 29 tahun dengan cara menampar pipi kanan mangsa.

Kejadian itu berlaku di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Sungai Rek, Kuala Krai kira-kira jam 6.30 petang pada 12 Jun lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Ditahan Selepas Enggan Beri Kerjasama

Berdasarkan fakta kes, tertuduh ditahan selepas menolak seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal dari bahagian belakang.

Dia kemudian bertindak menampar pipi kanan anggota polis tersebut selepas diminta menunjukkan kad pengenalan diri.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mazlinda Mohd Nor, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sumber: Harian Metro

SHARE:

TERKINI

Beza Usia 37 Tahun, Suami Akui Isterinya Adalah Cinta Pertama
|
Seorang lelaki berusia 27 tahun mengakui tidak pernah menyesal…
Tampar Polis Selepas Diminta Tunjuk IC, Warga Emas Dipenjara Sebulan
|
Seorang warga emas dipenjara sebulan selepas mengaku bersalah di…
Penyebaran Agama Islam di UPSI ‘ berat sebelah ‘ – Ronnie Liu
|
Bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew…
Iran Tutup Semula Selat Hormuz Susulan Serangan Maut Israel Di Lubnan
|
Iran mengumumkan penutupan semula Selat Hormuz susulan serangan Israel…
Dua Sepupu Remaja Hilang Selepas Keluar Bersiar-Siar Di Kota Bharu
|
Dua remaja perempuan yang juga pasangan sepupu dilaporkan hilang…
Sikap Tamak Punca Pelabur Kelantan Rugi RM5.18 Juta Terperdaya Sindiket Penipuan
|
Sikap tamak dan keinginan untuk meraih keuntungan lumayan dalam…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!