Aidiladha: Semua Kompleks Beli-Belah, Pasar Raya Di Kelantan Ditutup Sehari

Kerajaan Kelantan memutuskan semua operasi perniagaan di kompleks membeli-belah dan pasar raya di seluruh negeri ditutup pada hari pertama Aidiladha, iaitu Rabu minggu depan.

Selain itu, kedai serbaneka dan premis makanan segera juga diarahkan ditutup sehingga jam 1 tengah hari.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat EXCO kerajaan negeri, hari ini.

Menurut beliau, langkah berkenaan bertujuan memberi peluang kepada para pekerja untuk menyambut Aidiladha dengan lebih sempurna, termasuk menunaikan solat sunat Aidiladha serta melaksanakan ibadah korban.

Beri Peluang Pekerja Sambut Aidiladha

“Bagi pasar raya besar sebagaimana yang diputuskan untuk Aidilfitri lalu, ia sama juga pada sambutan Aidiladha ini.

“Kompleks membeli-belah, pasar raya dan pasar raya besar ditutup sepenuhnya pada hari raya pertama,” katanya ketika ditemui.

Keputusan tersebut dijangka memberi ruang kepada pekerja sektor peruncitan untuk bersama keluarga pada hari kebesaran Islam itu, selain menggalakkan penglibatan dalam aktiviti keagamaan seperti korban.


Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

Kelantan Red Warrior FC Sedia Beraksi Di Liga Super Musim Depan
|
Saingan Liga A1 Semi Pro 2025/2026 akhirnya melabuhkan tirai…
Perantau Mula Balik Kampung, Trafik Ke Gua Musang Semakin Sibuk
|
Aliran trafik menuju ke pusat bandar Gua Musang semakin…
Upah RM2,500 Sekali Jalan, Lelaki Dicekup Bawa 19 PATI Di Machang
|
Seorang lelaki tempatan dipercayai menerima upah RM2,500 bagi setiap…
Lebih 200 Individu Lombong Emas Secara Haram, Purata Dapat 10 Gram Sehari
|
Lebih 200 individu dipercayai terbabit dalam kegiatan perlombongan emas…
5 Beradik Yatim Piatu Dijaga Datuk Dan Nenek, Individu Tampil Perbetulkan Fakta
|
Aktivis kebajikan, Tengku Harith tampil membuat penjelasan berhubung kisah…
Kelantan Bakal Cipta Sejarah Malam Esok
|
Kelantan Red Warrior FC bakal mencipta sejarah malam esok…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!