[VIDEO] Penumpang Wanita Jatuh Dan Tersepit Di Bawah LRT

Seorang penumpang wanita dilaporkan terjatuh ke kawasan landasan Transit Aliran Ringan (LRT) di Stesen Abdullah Hukum, Kuala Lumpur petang tadi.

Berdasarkan maklumat, kejadian berlaku kira-kira jam 6.09 petang ketika tren Rapid KL sedang menghampiri platform sebelum wanita berkenaan terjatuh dan tersepit di bawah tren.

Rapid Rail Sdn Bhd mengesahkan insiden itu dan memaklumkan operasi tren terpaksa dihentikan sementara bagi memberi laluan kepada kerja-kerja menyelamat.

Menurut kenyataan itu, bekalan kuasa di stesen turut dinyahaktifkan sebagai langkah keselamatan, sekali gus membolehkan pasukan polis, bomba dan ambulans menjalankan operasi di lokasi.

“Susulan kejadian itu, perkhidmatan tren antara stesen Universiti, Kerinchi dan Abdullah Hukum dihentikan sementara waktu.

“Perkhidmatan alternatif termasuk bas perantara percuma turut diaktifkan bagi membantu pergerakan penumpang,” katanya.

Mangsa Berjaya Diselamatkan Bomba

Sementara itu, Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Wan Mohd Shahrir Azizi Wan Said berkata, pihaknya berjaya mengeluarkan wanita berusia 39 tahun itu yang tersepit di bawah tren.

Beliau berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada jam 6.19 petang sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai digerakkan ke lokasi dengan kekuatan sembilan anggota.

“Mangsa mengalami kecederaan pada tangan dan muka. Mangsa dikeluarkan jam 6.38 petang dan diberi rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur,” katanya.

Selepas operasi menyelamat selesai, perkhidmatan tren dilaporkan kembali beroperasi seperti biasa.


Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

Jalan Kuala Krai–Gua Musang Ditutup Sementara 28 Julai Bagi Kerja Letupan Batu
|
Pengguna Jalan Persekutuan FT08 yang merancang perjalanan antara Kuala…
Kereta Berisi Bom Meletup Di Balai Polis Narathiwat
|
Sebuah kereta yang dipasang bahan letupan menggegarkan kawasan Balai…
Kanak-Kanak Perempuan Dua Tahun Maut Dirempuh Lori Dipandu Datuk Sendiri
|
Suasana tenang di sebuah rumah di Kampung Bukit Kuang,…
Projek Solar LSS5 Pasir Mas Mampu Bekalkan Elektrik Kepada 75,000 Rumah
|
Kelantan bakal melakar satu lagi pencapaian dalam pembangunan tenaga…
Lima Anggota Renjer Thailand Maut Dalam Serangan Hendap Di Narathiwat
|
Lima anggota Renjer Tentera Thailand terbunuh dalam satu serangan…
HRPZ II Bakal Terima Makmal Patologi Baharu Bernilai RM175 Juta
|
Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di Kota…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!