Polis Masih Siasat Nahas JPJ-Myvi Di Tanah Merah, Tunggu Laporan Kimia

Polis Kelantan masih menjalankan siasatan berhubung kemalangan membabitkan kenderaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan sebuah Perodua Myvi di Tanah Merah pada Jumaat lalu yang mengakibatkan seorang lelaki maut.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata pihaknya kini sedang menunggu laporan kimia berkaitan kes tersebut.

“Pada masa sama, kita juga menunggu keputusan bedah siasat mangsa dan laporan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM).

“Kes akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut sekiranya siasatan selesai dilakukan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

JPJ Kelantan Nafi Dakwaan Kenderaan Jabatan Punca Kemalangan

Media sebelum ini melaporkan Pengarah JPJ Kelantan, Mohd Misuari Abdullah menafikan dakwaan bahawa kenderaan jabatan itu menjadi punca kemalangan seperti yang tular di media sosial.

Dalam nahas melibatkan dua kenderaan kira-kira jam 4.30 petang Jumaat, anak kepada editor kanan Astro Awani, Husna Yusop, iaitu Mursyid Azmi, 25, disahkan meninggal dunia.

Siasatan Awal: Myvi Dipercayai Masuk Laluan JPJ Secara Tiba-Tiba

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd Haki Hasbullah dalam kenyataan pada 21 Mac lalu berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika kenderaan JPJ sedang menjalankan rondaan dari arah Bukit Bunga menuju ke Jeli.

Katanya, setibanya di lokasi kejadian, Perodua Myvi dipandu mangsa yang datang dari arah bertentangan dipercayai memasuki laluan kenderaan jabatan itu secara tiba-tiba, sekali gus menyebabkan kemalangan.

Dua Beradik Mangsa Cedera, Seorang Masih Dirawat

Sementara itu, Husna memaklumkan seorang lagi anaknya, Madiha, 19, yang cedera dalam kemalangan tersebut masih menerima rawatan di Hospital Tanah Merah.

Menurutnya, Madiha mengalami patah di kedua-dua kaki dan perlu dimasukkan besi.

“Kaki kanan sudah dimasukkan besi pada 22 Mac lalu dan sebelah lagi akan dimasukkan besi pada hari ini.

“Sehingga kini Madiha masih dirawat di HTM dan saya berharap urusan rawatan untuk anak berjalan lancar,” katanya.

Tambahnya, seorang lagi anak iaitu Mumtaz, 17, hanya mengalami cedera ringan dalam kejadian itu.


Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

Fenomena Bau Asap Waktu Malam Di Kota Bharu Dan Bachok Cetus Tanda Tanya
|
Sejak beberapa malam kebelakangan ini, penduduk sekitar Kota Bharu…
Mangsa Ditembak Pencuri Lembu Di Ladang Kemahang Dibenar Pulang
|
Mangsa yang parah ditembak dipercayai pencuri lembu dalam kejadian…
Bukan Lagi Untuk Kayangan, HPUSM Tawar IVF Dengan Kos Jauh Lebih Rendah
|
Rawatan persenyawaan in vitro (IVF) kini bukan lagi sesuatu…
PGA Serbu Kilang Kayu Di Kuala Krai, Rampas Kayu Tidak Bercukai Bernilai RM1 Juta
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) menyerbu sebuah kilang kayu yang…
Cuaca Panas Buatkan Itik ‘Merajuk’ Enggan Bertelur, Hilang Selera Makan
|
Seorang penternak itik telur di Kampung Sering, Kota Bharu…
‘Lebih Melayu Daripada Melayu’, Kisah Hidup Prof Teo Kok Seong, Pakar Bahasa Dari Kelantan
|
‘Lebih Melayu Daripada Melayu’ Nama Profesor Datuk Dr Teo…
Jawatan Kosong Kelantan