Anak jati Machang dilantik sebagai Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia

KOTA BHARU – Anak jati Machang, Kelantan, Dr Muhammad Rawi Mohamed Zin, telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia berkuat kuasa 2 September lalu.

Beliau yang sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Pembangunan Teknologi) agensi berkenaan, menggantikan Dr Rosli Darmawan yang bersara wajib pada 3 Julai lepas.

Agensi Nuklear Malaysia dalam kenyataan memaklumkan, pelantikan Dr Muhammad Rawi dibuat berdasarkan kelayakan akademik, pengalaman luas serta kepakaran beliau dalam bidang penyelidikan dan teknologi nuklear.

Dilahirkan pada 8 September 1968 di Machang, Kelantan, Dr Muhammad Rawi merupakan anak bongsu daripada empat beradik. Beliau mendirikan rumah tangga dan kini dikurniakan empat cahaya mata.

Beliau mula berkhidmat di Agensi Nuklear Malaysia pada 3 Julai 1995, dengan latar belakang akademik yang kukuh iaitu:

  • Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Fizik Gunaan) – Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Ijazah Sarjana Kejuruteraan Bahan dan Mekanik (Finite Element Method) – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Doktor Falsafah (Fizik, bidang Strain Induced Crystallization) – Keele University, England


Sepanjang kerjayanya, beliau pernah memegang pelbagai jawatan penting termasuk Ketua Seksyen serta Pengurus Reaktor TRIGA PUSPATI selama lima tahun. Dr Muhammad Rawi juga aktif dalam penyelidikan teknologi radioisotop terkedap dalam industri, selain terlibat dalam bidang pengimejan neutron radiografi dan tomografi.

Beliau turut diberi kepercayaan sebagai ahli Pasukan Penasihat Keselamatan Reaktor Penyelidikan Nuklear Asia Pasifik, dan pernah menjalankan eksperimen di reaktor penyelidikan antarabangsa seperti JRR3-M Jepun, Siwabessy Indonesia dan OPAL Australia.

Sehingga kini, Dr Muhammad Rawi telah menghasilkan hampir 80 artikel penyelidikan serta menulis dua buah buku dalam bidang kepakarannya.

Dengan pengalaman luas lebih 29 tahun dalam bidang nuklear, Agensi Nuklear Malaysia yakin kepimpinan beliau akan membawa agensi itu terus cemerlang seiring aspirasi negara.

#KelantanDaily
Sumber: Agensi Nuklear Malaysia, Bernama

TERKINI

10 Rakyat Malaysia Dalam Misi Global Sumud Flotilla 2.0 Ditahan Tentera Zionis
|
Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan 10 rakyat Malaysia…
Pelajar Parah Dirempuh SUV Di SMK Tanjong Mas Dibenar Keluar Hospital
|
Pelajar perempuan tingkatan satu yang sebelum ini parah selepas…
Langgar Kereta Polis, Pacuan Empat Roda Ditembak Dua Das Sebelum Pemandu Ditahan
|
Polis melepaskan dua das tembakan ke arah tayar sebuah…
Lelaki OKU Mental Didakwa Bunuh Bapa Di Baung Bayam
|
Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) mental dihadapkan ke…
Fenomena Bau Asap Waktu Malam Di Kota Bharu Dan Bachok Cetus Tanda Tanya
|
Sejak beberapa malam kebelakangan ini, penduduk sekitar Kota Bharu…
Mangsa Ditembak Pencuri Lembu Di Ladang Kemahang Dibenar Pulang
|
Mangsa yang parah ditembak dipercayai pencuri lembu dalam kejadian…
Jawatan Kosong Kelantan