Kelantan Senarai Hitam Lesen Peniaga Bazar Aidilfitri Buang Sampah Merata

Kerajaan negeri Kelantan memberi amaran bahawa peniaga bazar Aidilfitri yang didapati membuang sampah merata-rata boleh dikenakan kompaun serta disenarai hitam lesen perniagaan mereka.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Hilmi Abdullah berkata tindakan itu boleh diambil sekiranya pihak berkuasa mengenal pasti peniaga yang gagal menguruskan sisa perniagaan masing-masing selepas tamat operasi.

Menurut beliau, sebelum ini kerajaan negeri telah memberi kelonggaran kepada peniaga bazar untuk beroperasi sehingga jam 12 tengah malam bagi membolehkan mereka menghabiskan jualan menjelang Hari Raya Aidilfitri.

“Kalau hendak habiskan barang jualan, kita tidak halang. Cuma kita minta supaya peniaga menjaga kebersihan kawasan perniagaan masing-masing.

“Sebelum ini kita beri kebenaran tetapi ada yang meninggalkan sampah begitu sahaja selepas tamat operasi,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco pada Rabu.


Lebih 700 Pekerja Kebersihan Bertugas Malam Raya

Hilmi berkata kerajaan negeri juga menyediakan sumbangan khas Aidilfitri kepada lebih 700 pekerja kebersihan yang akan bertugas pada malam dan pagi hari raya.

Mereka akan membersihkan sisa sampah yang ditinggalkan di bazar Aidilfitri di seluruh negeri.

Langkah itu diambil bagi memastikan kawasan bandar kekal bersih dan teratur ketika umat Islam menyambut Aidilfitri.

“Pekerja kebersihan ini akan bertugas membersihkan sampah sarap tinggalan bazar Aidilfitri di seluruh negeri.

“Sebab itu kita harap semua peniaga dapat mengemas kembali premis perniagaan masing-masing dan memastikan kebersihan sentiasa terjaga,” katanya.


Boleh Kompaun Dan Senarai Hitam Lesen

Menurut Hilmi, sekiranya terdapat peniaga yang dikenal pasti melanggar undang-undang kecil kebersihan, pihak berkuasa tempatan boleh mengambil tindakan termasuk mengenakan kompaun serta menyenarai hitam lesen perniagaan mereka.

Bagaimanapun, memandangkan Aidilfitri semakin hampir, kerajaan negeri masih memberi pertimbangan dengan harapan semua pihak dapat bekerjasama menjaga kebersihan.

“Harapan kita supaya pada hari raya nanti, bandar kita berada dalam keadaan bersih dan selesa untuk orang ramai,” katanya.


Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Ibu Tunggal Masalah Mental, Sakit Jantung Tabah Jaga Lima Anak OKU Di Pasir Puteh
|
Seorang ibu tunggal yang menghidap penyakit jantung berlubang serta…
Penganggur Serang Polis Mengaku Bersalah Miliki Parang Depan Pintu UiTM Machang
|
Seorang penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu…
[VIDEO] “Jika Diberi Peluang Saya Pun Nak Lepak Disana” – ADUN Melor
|
Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan semalam sedikit hangat…
Kelantan Rancang Tambah Lokasi Riadah, Aktiviti Permotoran Untuk Bendung ‘Mat Rempit’
|
Kerajaan Negeri Kelantan merancang menyediakan lebih banyak lokasi riadah…
Kelantan Umum Pakej Rangsangan Ekonomi RM2 Juta Kepada Rakyat
|
Kerajaan negeri Kelantan semalam mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Rakyat…
Buruh Ladang Proses Air Ketum Dalam Hutan Sejak 2 Tahun
|
Demi mengaut keuntungan RM30 seliter, seorang buruh ladang sanggup…
Jawatan Kosong Kelantan