Remaja Maut Terkena Bilah Sabit Dibawa Lelaki Menaiki Motosikal

Seorang pelajar kolej maut akibat cedera parah dipercayai terkena bilah sabit pada bahagian leher dalam satu kejadian di Teluk Intan pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin, berkata mangsa yang berusia 18 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurutnya, seorang lagi mangsa berusia 17 tahun yang juga rakan sekolej mangsa kini sedang menerima rawatan selepas mengalami kecederaan pada bahagian tangan.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila sebilah sabit berhulu panjang yang dibawa seorang lelaki menaiki motosikal telah terkena pada bahagian leher mangsa yang ketika itu juga sedang menunggang motosikal,” katanya dalam satu kenyataan pada malam Isnin.

Beliau berkata susulan kejadian tersebut, polis telah menahan dua lelaki warga asing berusia 39 dan 52 tahun bagi membantu siasatan.

Katanya, pihak polis turut merampas sebilah sabit serta sebuah motosikal yang dipercayai terlibat dalam kejadian tersebut.

Menurut Bakri, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan.

Tambah beliau, kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Teluk Intan bagi permohonan reman untuk membantu siasatan lanjut.


Sumber: Bernama

SHARE:

TERKINI

10 Rakyat Malaysia Dalam Misi Global Sumud Flotilla 2.0 Ditahan Tentera Zionis
|
Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan 10 rakyat Malaysia…
Pelajar Parah Dirempuh SUV Di SMK Tanjong Mas Dibenar Keluar Hospital
|
Pelajar perempuan tingkatan satu yang sebelum ini parah selepas…
Langgar Kereta Polis, Pacuan Empat Roda Ditembak Dua Das Sebelum Pemandu Ditahan
|
Polis melepaskan dua das tembakan ke arah tayar sebuah…
Lelaki OKU Mental Didakwa Bunuh Bapa Di Baung Bayam
|
Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) mental dihadapkan ke…
Fenomena Bau Asap Waktu Malam Di Kota Bharu Dan Bachok Cetus Tanda Tanya
|
Sejak beberapa malam kebelakangan ini, penduduk sekitar Kota Bharu…
Mangsa Ditembak Pencuri Lembu Di Ladang Kemahang Dibenar Pulang
|
Mangsa yang parah ditembak dipercayai pencuri lembu dalam kejadian…
Jawatan Kosong Kelantan