‘Abah Nak Balik, Berulang Kali Sebut Nak Rehat Di Akhirat – Anak Muryidul Am Pas

Luahan menyentuh hati anak kepada Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin, mengundang sebak dan doa orang ramai apabila beliau kini sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.

Husna Hashim berkongsi perkara itu menerusi satu video di TikTok, memaklumkan bapanya beberapa kali menyuarakan hasrat untuk pulang dan berehat.

“Abah beritahu dia nak balik. Berulang kali juga abah sebut, abah nak rehat di akhirat. Abah kata dia sayang semua anak-anak abah. Kami pun sayang abah. Semoga abah cepat sihat,” katanya dalam video berdurasi 26 saat itu.

Dalam satu lagi perkongsian, Husna memaparkan Hashim, 87, yang sebelum ini menerima rawatan di Hospital Tuanku Fauziah sebelum dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang bagi menjalani rawatan lanjut.

Sementara itu, akaun rasmi Mursyidul Am Pas turut memaklumkan beliau sedang menerima rawatan di hospital dan memohon orang ramai melaksanakan solat hajat bagi mendoakan kesembuhan serta kesejahteraannya.

“Buat masa ini, Tuan Guru tidak dapat menerima kunjungan ziarah kerana keadaan tidak mengizinkan. Terima kasih atas doa dan keprihatinan semua,” menurut kenyataan itu.


Untuk rekod, Hashim dilantik sebagai Mursyidul Am Pas yang keempat pada 10 Oktober 2016 oleh Majlis Syura Ulama (MSU) Pas, susulan pemergian Allahyarham Datuk Dr Haron Din pada 16 September tahun sama.

Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Ibu Tunggal Masalah Mental, Sakit Jantung Tabah Jaga Lima Anak OKU Di Pasir Puteh
|
Seorang ibu tunggal yang menghidap penyakit jantung berlubang serta…
Penganggur Serang Polis Mengaku Bersalah Miliki Parang Depan Pintu UiTM Machang
|
Seorang penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu…
[VIDEO] “Jika Diberi Peluang Saya Pun Nak Lepak Disana” – ADUN Melor
|
Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan semalam sedikit hangat…
Kelantan Rancang Tambah Lokasi Riadah, Aktiviti Permotoran Untuk Bendung ‘Mat Rempit’
|
Kerajaan Negeri Kelantan merancang menyediakan lebih banyak lokasi riadah…
Kelantan Umum Pakej Rangsangan Ekonomi RM2 Juta Kepada Rakyat
|
Kerajaan negeri Kelantan semalam mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Rakyat…
Buruh Ladang Proses Air Ketum Dalam Hutan Sejak 2 Tahun
|
Demi mengaut keuntungan RM30 seliter, seorang buruh ladang sanggup…
Jawatan Kosong Kelantan