Fenomena “Blood Moon” bakal hiasi langit Malaysia ahad ini

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena menakjubkan Gerhana Bulan Penuh atau “Blood Moon” pada 7 hingga 8 September 2025, umum Agensi Angkasa Malaysia (MYSA).

Fenomena ini akan bermula pada 11.28 malam Ahad dan berakhir sekitar 4.55 pagi Isnin, dengan kemuncak fasa penuh berlaku pada 2.11 pagi. Pada ketika itu, Bulan akan kelihatan berwarna merah jingga hasil pembiasan cahaya Matahari oleh atmosfera Bumi.

Menurut MYSA, gerhana kali ini berlaku 2.7 hari sebelum Bulan berada paling hampir dengan Bumi (perigee) iaitu pada jarak 364,773 kilometer, menjadikannya kelihatan lebih besar dengan saiz sudut sekitar 33.4 arc minit.

Acara utama pencerapan akan berlangsung di MAHA Tower, Langkawi, Kedah, bermula jam 10 malam hingga 5 pagi. Program ini dianjurkan MYSA dengan kerjasama MAHA Tower serta Tourism Malaysia Northern Region.

“Pengunjung berpeluang menyaksikan fenomena langit yang jarang berlaku ini selain mengikuti perkongsian ilmu astronomi oleh pakar,” jelas kenyataan MYSA.

Selain Langkawi, lokasi cerapan turut diadakan di seluruh negara termasuk Kelantan yang diadakan di Balai Cerap Kota Bharu, Salor, Pasir Mas. Orang ramai juga boleh menonton secara langsung melalui Facebook MYSA.

Gerhana bulan penuh kali ini boleh dilihat jelas dari Eropah, Afrika, Asia, Australia dan New Zealand, manakala di Malaysia keseluruhan fasa boleh dinikmati dengan mata kasar, binokular atau teleskop bergantung kepada keadaan cuaca.

MYSA menjelaskan bahawa keseluruhan gerhana penuh akan berlangsung selama 1 jam 22 minit, manakala durasi penuh (termasuk fasa separa) menjangkau 3 jam 30 minit.

#KelantanDaily
Sumber: MYSA

TERKINI

Bukan Lagi Untuk Kayangan, HPUSM Tawar IVF Dengan Kos Jauh Lebih Rendah
|
Rawatan persenyawaan in vitro (IVF) kini bukan lagi sesuatu…
PGA Serbu Kilang Kayu Di Kuala Krai, Rampas Kayu Tidak Bercukai Bernilai RM1 Juta
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) menyerbu sebuah kilang kayu yang…
Cuaca Panas Buatkan Itik ‘Merajuk’ Enggan Bertelur, Hilang Selera Makan
|
Seorang penternak itik telur di Kampung Sering, Kota Bharu…
‘Lebih Melayu Daripada Melayu’, Kisah Hidup Prof Teo Kok Seong, Pakar Bahasa Dari Kelantan
|
‘Lebih Melayu Daripada Melayu’ Nama Profesor Datuk Dr Teo…
[VIDEO] Risau Keselamatan Pelajar, Individu Sukarela ‘Trim’ Pokok Halang Laluan Pejalan Kaki
|
Tindakan seorang individu yang secara sukarela membersihkan laluan pejalan…
Pemandu Sambilan Didakwa Edar Dadah Sintetik Hampir 570kg
|
Seorang pemandu sambilan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh…
Jawatan Kosong Kelantan