Jangan Gali Lebih 1.5 Meter, Pendulang Emas Kelantan Diingatkan Patuh Syarat Lesen

Pendulang emas di Kelantan diingatkan supaya mematuhi sepenuhnya peraturan dan syarat lesen yang ditetapkan bagi menjaga alam sekitar serta mengelakkan kejadian tebing sungai runtuh.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan, berkata antara syarat utama yang dikenakan ialah pendulang tidak dibenarkan menggali melebihi satu setengah meter.

Selain itu, katanya, aktiviti mendulang hanya dibenarkan dalam radius dua kilometer dan tidak boleh melebihi jarak yang ditetapkan.

“Kawasan mendulang emas ini mempunyai zon penampan supaya ia tidak melebihi daripada kawasan yang diwartakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Mesyuarat EXCO di Kota Darulnaim, di sini, hari ini.

Menurut Mohamed Fadzli, keputusan membenarkan aktiviti mendulang emas dibuat selepas perbincangan bersama Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Pejabat Tanah dan Galian (PTG).

Katanya, keputusan tersebut dikaji secara menyeluruh bagi mengelakkan pencemaran sungai, runtuhan tebing serta menjaga kelestarian alam sekitar.

“Keputusan itu dikaji sebab nak elak sungai tercemar, tebing sungai runtuh dan jaga alam sekitar,” katanya.

Beliau memaklumkan sehingga kini sebanyak 350 lesen mendulang emas telah dikeluarkan oleh PTG, manakala dua syarikat diberikan lesen untuk membeli emas daripada pendulang.

“Jika ada syarikat lain yang mahu membeli emas daripada pendulang, mereka boleh mendaftar dan memohon lesen,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut membetulkan salah faham penduduk kampung yang bertindak menghalang laluan pendulang emas berlesen ke kawasan yang telah digazetkan.

Menurutnya, kawasan tersebut merupakan tanah rizab kerajaan negeri dan pemegang lesen berhak melalui kawasan berkenaan.

“Bila ia berada dalam tanah kerajaan dan kerajaan negeri beri lesen kepada pemohon, maka yang dapat lesen itu berhak melalui kawasan digazetkan.



“Kalau lalu di kawasan tanah persendirian itu menceroboh, tetapi kalau lalu di tanah kerajaan, sesiapa juga boleh lalu.

“Jadi janganlah disekat kerana ia tidak adil kepada pemegang lesen mendulang emas,” katanya.

Sumber: Harian Metro

SHARE:

TERKINI

Bomba Kelantan Rekod 1,509 Kes Kebakaran Terbuka Sejak Mac, Bachok Tertinggi
|
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan merekodkan peningkatan…
Kelantan Sasar Pasaran China & Singapura, Rangka Promosi Pelancongan Lebih Efektif
|
Kerajaan Negeri Kelantan kini merangka pendekatan promosi pelancongan yang…
Bengkel Kereta Di Jalan Long Yunus Kota Bharu Terbakar, Lima Kenderaan Hangus
|
Sebuah bengkel kereta di Jalan Long Yunus, Kota Bharu…
Pengeluaran Dron Serangan Iran Meningkat 10 Kali Ganda Sejak Perang
|
Kadar pengeluaran dron serangan Iran dilaporkan meningkat sehingga 10…
YIK Lahirkan 5,720 Huffaz, 432 Graduan Tahfiz Dirai Dalam Majlis Graduasi Kali Ke-16
|
Yayasan Islam Kelantan (YIK) berjaya melahirkan seramai 5,720 huffaz…
MB Manfaat Lawatan PM Sabtu Ini, Bincang Pembangunan Perlu Disegerakan
|
Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke…
Jawatan Kosong Kelantan