10 OKT Cedera Selepas Lori ‘Black Maria’ Terbalik Di Simpang Lampu Isyarat Rembau

Seramai 10 orang orang kena tuduh (OKT) cedera selepas lori polis jenis ‘Black Maria’ yang mereka naiki hilang kawalan lalu terbalik di simpang empat lampu isyarat, Jalan Seremban–Tampin, berhampiran Pekan Rembau, pada Selasa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Azmi Ali berkata, kejadian kira-kira jam 9.40 pagi itu berlaku ketika lori berkenaan dalam perjalanan dari Penjara Seremban menuju ke Mahkamah Rembau.

Menurutnya, lori tersebut membawa 10 OKT bersama lima anggota pengiring dan diiringi sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) bagi tujuan menghidupkan waran tahanan di Mahkamah Rembau.

“Ketika membelok ke kanan di simpang lampu isyarat berkenaan, lori itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbalik.

“Akibat kejadian itu, empat OKT mengalami kecederaan manakala enam lagi cedera ringan,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Azmi berkata, semua OKT yang cedera telah dibawa ke Hospital Rembau menggunakan ambulans bersama dua anggota pengiring serta eskot MPV untuk mendapatkan rawatan lanjut.



Susulan kejadian itu, Cawangan Pengawal Pengiring Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau bersama Unit Trafik IPD Rembau telah hadir ke lokasi kejadian bagi memberikan bantuan awal dan mengawal keadaan.

Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Johor Rasmi Bubar DUN, PRN Ke-16 Bakal Diadakan
|
Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 rasmi dibubarkan berkuat…
Cucu Arwah Tok Guru Nik Aziz Dakwa Ditampar Senator
|
Cucu kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Nik Abdul…
Annuar Musa Dedah Punca Undur Diri Dari KTRW, Bakal Terajui Kelantan City
|
Bekas Presiden Kehormat Kelantan The Real Warriors, Tan Sri…
Kelantan Berpotensi Jadi Hab Tenaga Hijau Negara
|
Kelantan dilihat mempunyai potensi geografi dan cuaca yang besar…
Mufti Kelantan Sifatkan Sambutan Hari Jadi Bertema Bunian Sebagai Kufur Nikmat
|
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menyifatkan sambutan hari…
13 Warga Myanmar Ditahan Di Jeli, Bayar RM3,500 Kepada Ejen Untuk Masuk Malaysia
|
Seramai 13 warga Myanmar termasuk dua kanak-kanak lelaki ditahan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!