Mydin Kelantan beroperasi sehingga 1 pagi, beri peluang pelanggan guna SARA

KOTA BHARU – Berita gembira buat warga Kelantan! Bermula hari ini (4 September) hingga 6 September 2025, tiga cawangan terpilih Mydin di negeri ini akan melanjutkan waktu operasi sehingga jam 1 pagi.

Langkah itu diambil bagi memberi lebih ruang kepada pelanggan untuk membeli-belah dengan selesa, khususnya selepas bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) diagihkan pada 31 Ogos lalu.

Antara cawangan yang terlibat ialah Mydin Mall Tunjong, Mydin Kubang Kerian Hypermarket dan Mydin Kota Bharu Emporium.

Menurut pengurusan Mydin, lanjutan operasi bermula jam 7 pagi hingga 1 pagi ini bertujuan membantu orang ramai merancang pembelian tanpa perlu tergesa-gesa, selain memberi peluang kepada mereka mendapatkan barangan keperluan harian pada harga berpatutan.

“Pelanggan kini boleh berbelanja pada waktu lebih fleksibel, sama ada di waktu siang atau malam, tanpa kesesakan,” katanya dalam kenyataan.

Inisiatif ini dijangka memberi manfaat besar kepada keluarga terutama yang menggunakan bantuan SARA untuk membeli barangan keperluan rumah.

#KelantanDaily

TERKINI

Rezeki Haji Sekeluarga, Isteri Simpan Hasil Toreh Getah Suami Jual Lembu Demi Ke Tanah Suci
|
Rezeki menunaikan haji tahun ini benar-benar menjadi kenangan paling…
Kutipan Zakat MAIK 2025 Cecah RM354.6 Juta, Tertinggi Dalam Sejarah Kelantan
|
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)…
Abang Ipar Upah RM15 Satu “Trip” Seludup Petrol Ke Thailand
|
Taktik licik penyeludup yang membuat pembelian petrol secara berulang…
Dua Remaja Perempuan Mengaku Jadi Pengintip Tekong Darat Seludup PATI
|
Dua remaja perempuan dipercayai berperanan sebagai pengintip kepada tekong…
1,000 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Sandakan, PM Arah Bantuan Segera
|
Kebakaran besar di perkampungan atas air Kampung Bahagia, Sandakan…
Tujuh Lelaki Didakwa Pakai Pakaian Wanita Di Apartment Jalan Mahmood
|
Tujuh lelaki didakwa di Mahkamah Rendah Syariah di sini…
Jawatan Kosong Kelantan