PAS ucap Selamat Hari Krismas kepada seluruh rakyat Malaysia

Sempena sambutan Hari Krismas tahun ini, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menzahirkan ucapan Selamat Hari Krismas kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Kristian, dengan harapan sambutan ini menjadi detik memperkukuh hubungan sesama masyarakat, memperbaharui harapan dan menegaskan komitmen kepada budaya kasih sayang serta muhibah.

Ucapan Krismas dari PAS



Menurut PAS, kepelbagaian yang wujud di Malaysia merupakan satu amanah yang perlu dipelihara dengan penuh keikhlasan dan kebijaksanaan. Walaupun berbeza agama dan kepercayaan, rakyat diseru untuk terus bersatu hati serta berkongsi impian dalam membina sebuah negara yang adil, selamat dan bermaruah untuk semua.

Nilai-nilai murni yang diraikan sempena Krismas seperti kasih sayang, kemaafan, tawaduk dan khidmat bakti turut disifatkan sebagai nilai sejagat yang dikongsi bersama oleh semua agama dan kepercayaan, termasuk Islam.

Dalam keadaan dunia yang sedang berdepan konflik dan salah faham yang semakin meruncing, Malaysia wajar kekal sebagai contoh terbaik kehidupan bersama yang sihat dan matang.

PAS turut mengingatkan bahawa walaupun tidak semua perkara dapat dipersetujui, rakyat masih mempunyai pilihan untuk saling mendengar, memahami serta mempertahankan hak dan kehormatan setiap individu yang hidup di bawah langit Malaysia yang sama.

Menurut parti itu lagi, keharmonian tidak terhasil melalui keseragaman, sebaliknya dapat dicapai melalui kesediaan dan keikhlasan semua pihak untuk menghargai serta melindungi ruang dan tempat bagi setiap warga negara.

Kenyataan itu ditutup dengan ucapan Selamat Bercuti dan Selamat Hari Krismas kepada semua yang menyambutnya.

Kenyataan berkenaan ditandatangani oleh Takiyuddin Hassan, Setiausaha Agung PAS, bertarikh 24 Disember 2025.

Sumber: PAS

TERKINI

Cuaca Panas Buatkan Itik ‘Merajuk’ Enggan Bertelur, Hilang Selera Makan
|
Seorang penternak itik telur di Kampung Sering, Kota Bharu…
‘Lebih Melayu Daripada Melayu’, Kisah Hidup Prof Teo Kok Seong, Pakar Bahasa Dari Kelantan
|
‘Lebih Melayu Daripada Melayu’ Nama Profesor Datuk Dr Teo…
[VIDEO] Risau Keselamatan Pelajar, Individu Sukarela ‘Trim’ Pokok Halang Laluan Pejalan Kaki
|
Tindakan seorang individu yang secara sukarela membersihkan laluan pejalan…
Pemandu Sambilan Didakwa Edar Dadah Sintetik Hampir 570kg
|
Seorang pemandu sambilan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh…
Rumah Macam Zoo, Usahawan Turut Pelihara 6 Ekor Buaya Di Rumah
|
Seorang usahawan ternakan di Sungai Sikamat, Kajang, mendakwa sering…
Jual Lokcing Sambil Seludup Petrol, Terima Upah RM10 – RM15 Satu ‘Trip’
|
Seorang penjual lokcing warga Thailand dipercayai menjadikan aktiviti menyeludup…
Jawatan Kosong Kelantan