Bot terbalik ketika menjala ikan, remaja dikhuatiri lemas di Kuala Krai

[DIKEMASKINI] Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaikinya terbalik ketika sedang menjala ikan di kawasan kebun getah yang dinaiki air berhampiran Masjid Mukim Pemberian Al Mahdi, Kampung Pemberian, Kuala Krai, malam ini.

Menurut laporan Buletin TV3, Komander Operasi, Mohd Khairul Duha Abdul Halim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada jam 7.22 malam.

Katanya, seramai lapan anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai digerakkan ke lokasi kejadian sejurus menerima maklumat.

“Jentera bomba tiba di lokasi kejadian pada jam 7.55 malam selepas menempuh perjalanan sejauh kira-kira 30 kilometer.

“Setibanya di lokasi kejadian, maklumat awal yang diterima daripada orang awam memaklumkan seorang lelaki dewasa dipercayai lemas selepas bot yang dinaikinya terbalik ketika sedang menjala ikan di kawasan kebun getah yang dinaiki air,” katanya.

Menurut beliau, sehingga kini mangsa dikenali sebagai Muhammad Syahril Hakimy Sudin, 19, masih belum ditemui dan usaha pencarian sedang dijalankan.

Sumber: Buletin TV3

KEMASKINI TERBARU: Pemain ragbi Kelantan ditemukan lemas, tong drum terbalik ketika menjala ikan

remaja lemas ketika menjala ikan


remaja lelaki ditemukan lemas di kuala krai



TERKINI

Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!