Lima sungai utama di Kelantan berisiko tinggi jika hujan berterusan

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) hari ini memaklumkan bahawa lima lembangan sungai utama di Kelantan berada dalam keadaan berisiko berdepan peningkatan paras air sekiranya hujan lebat berterusan dalam tempoh beberapa hari ini.

Menurut kenyataan itu, kawasan yang terlibat ialah:

  • Pasir Mas – Lembangan Sungai Kelantan (Sungai Kelantan)
  • Pasir Puteh – Lembangan Sungai Semerak (Sungai Semerak, Sungai Buaya Ikat)
  • Kota Bharu – Lembangan Sungai Kelantan (Sungai Kemasin, Sungai Kelantan)
  • Bachok – Lembangan Sungai Semerak (Sungai Kemasin, Sungai Semerak)
  • Kuala Krai – Lembangan Sungai Kelantan (Sungai Lebir)
  • Tumpat – Lembangan Sungai Kelantan (Sungai Golok, Sungai Kelantan)

Ramalan awal banjir negeri Kelantan JPS



Dalam masa sama, keadaan banjir gelombang pertama di Terengganu kekal tidak berubah apabila 276 mangsa masih ditempatkan di PPS Masjid Kampung, Pulau Redang.

Sementara itu di Kuala Lumpur, Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) di bawah NADMA mengeluarkan notis kesiapsiagaan operasi bencana, mengarahkan pengaktifan Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri dan daerah di kawasan berisiko.

Arahan tersebut dikeluarkan susulan amaran hujan berterusan yang melibatkan enam negeri.

Terdahulu, MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan (buruk) di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh sehingga 24 November, manakala hujan berterusan tahap waspada di beberapa jajahan lain di Kelantan seperti Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang sehingga 26 November.

Setakat jam 11.59 malam (22 November), jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 1,446 orang dan 12 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka di tiga daerah iaitu Kota Bharu (7) Tumpat (2) dan Bachok (3).

KD: Musim tengkujuh makin rancak. Bila sungai-sungai utama sudah masuk kategori berisiko, elok kita pantau cuaca lebih rapat daripada biasa. Follow Kelantan Daily untuk info banjir terkini khususnya di negeri Kelantan



Sumber: Bernama

TERKINI

Kabinet Thailand Lulus Projek Bersama Malaysia Kurangkan Risiko Banjir Sungai Golok
|
Kabinet Thailand meluluskan pelaksanaan projek alam sekitar bersama Malaysia…
PASTI Terengganu Rangkul Anugerah Prasekolah Terbaik Dunia
|
Jabatan PASTI Negeri Terengganu mencipta kejayaan membanggakan apabila menerima…
Pengasas Produk Dipanggil JAHEIK, Bantu Siasatan Majlis Hari Jadi Tema Bunian
|
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK) telah memanggil…
Pemuda Dari Bachok Maut Motosikal Jatuh Gaung Di Puncak Gerik
|
Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya terjunam ke…
9 Tahun Menunggu, Wanita Akhirnya Bernikah Dengan Lelaki Dalam Penjara Tanah Merah
|
Seorang wanita akhirnya menamatkan penantian hampir sembilan tahun apabila…
Senator Nafi Tampar Cucu Tok Guru, Dakwa Hanya Sentuh Pipi Secara Mesra
|
Ahli Dewan Negara, Datuk Azhar Ahmad menafikan dakwaan bahawa…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!