Dua sungai di Kelantan berada pada paras berjaga-jaga

Paras air di dua sungai utama di Kelantan direkodkan melepasi tahap berjaga-jaga setakat jam 11.30 malam (21 November), sekali gus menandakan peningkatan aliran air susulan hujan berterusan di beberapa kawasan.

Di Sungai Galas, Limau Kasturi, Gua Musang, paras semasa direkodkan pada 56.57 meter, melepasi tahap berjaga-jaga iaitu 56.00 meter. Bacaan itu juga lebih tinggi berbanding paras normal sungai tersebut iaitu 53.00 meter.

Sementara itu, Sungai Lebir di Kampung Tualang, Kuala Krai turut menunjukkan peningkatan ketara apabila mencatat 30.43 meter, melepasi paras berjaga-jaga 30.00 meter, berbanding paras normal hanya 23.00 meter.



Penduduk di kawasan berisiko dinasihatkan agar sentiasa peka dengan perubahan cuaca serta mengikuti maklumat rasmi jika berlaku peningkatan paras air secara mendadak.

paras air sungai kelantan 2025

Aras air sungai terkini di Gua Musang dan Kuala Krai



Sumber: Public Info Banjir

TERKINI

Penemuan Mayat Wanita Tertiarap Dengan Kesan Tikaman Di Atas Jalan Di Ketereh
|
Penduduk sekitar Ketereh dikejutkan dengan penemuan mayat seorang wanita…
10 Rakyat Malaysia Dalam Misi Global Sumud Flotilla 2.0 Ditahan Tentera Zionis
|
Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan 10 rakyat Malaysia…
Pelajar Parah Dirempuh SUV Di SMK Tanjong Mas Dibenar Keluar Hospital
|
Pelajar perempuan tingkatan satu yang sebelum ini parah selepas…
Langgar Kereta Polis, Pacuan Empat Roda Ditembak Dua Das Sebelum Pemandu Ditahan
|
Polis melepaskan dua das tembakan ke arah tayar sebuah…
Lelaki OKU Mental Didakwa Bunuh Bapa Di Baung Bayam
|
Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) mental dihadapkan ke…
Fenomena Bau Asap Waktu Malam Di Kota Bharu Dan Bachok Cetus Tanda Tanya
|
Sejak beberapa malam kebelakangan ini, penduduk sekitar Kota Bharu…
Jawatan Kosong Kelantan