Remaja tingkatan lima toreh bapa sendiri kerana ditegur tidak ke sekolah

Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun bertindak mencederakan bapanya menggunakan pisau selepas tidak berpuas hati ditegur kerana ponteng sekolah.

Kejadian berlaku di kediaman mereka di Batu 4 Jalan Gombak, Setapak pada petang Isnin.

Menurut sumber, pertengkaran tercetus apabila bapa mangsa menegur suspek yang tidak hadir ke sekolah sebelum remaja itu tiba-tiba bertindak agresif.

“Dia (pelajar itu) tidak berpuas hati dengan teguran itu sebelum bertengkar dengan bapanya dan menyerang mangsa dengan pisau,” kata sumber.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 6.42 petang.

Beliau berkata, “Suspek yang merupakan pelajar Tingkatan Lima itu telah mencederakan mangsa berusia 47 tahun akibat salah faham antara mereka.

“Mangsa mengalami kecederaan luka di bahagian belakang badan dan lengan kiri akibat torehan menggunakan pisau oleh suspek.

Lelaki itu telah mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur,” katanya.

Suspek yang ditahan selepas kejadian kini direman tiga hari bagi membantu siasatan.

“Suspek ditangkap selepas kejadian itu dengan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan.

KD: Seram bila fikirkan budak bawah umur pun boleh bertindak sejauh ini. Ibu ayah pun kena hati-hati masa menegur, anak pula jangan cepat melenting.

Sumber: Berita Harian, Sinar Harian

TERKINI

Fadhli Shaari Minta MP Jelutong Tarik Balik Dakwaan Terhadap Kelantan
|
Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari mendakwa Ahli…
‘Batman’ Mexico Diburu Polis, Ikat Pencuri Motosikal Pada Tiang Lampu
|
Seorang vigilante atau pejuang jalanan dari Mexico yang digelar…
Kerja Baik Pulih Di Jambatan Bailey Machang Dijangka Siap September Ini
|
Kerja-kerja membaik pulih dan menggantikan pembetung kekotak di laluan…
[VIDEO] Dewan Rakyat Tegang, Jelutong Petik Kelantan Paling Tinggi Kes Seksual
|
Dewan Rakyat hari ini dilaporkan hampir menjadi tegang apabila…
Anggota Bomba Didakwa Memandu Cuai, Kanak-Kanak Cedera Parah Di Bachok
|
Seorang anggota bomba berusia 46 tahun mengaku tidak bersalah…
Ibu Bapa Kelantan Sanggup Jual Tanah Demi Pastikan Anak Berjaya Dalam Pelajaran
|
Semangat masyarakat Kelantan yang mengutamakan pendidikan sejak dahulu menjadi…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!