Lima hingga tujuh episod hujan lebat berterusan diramal bermula Khamis

Monsun Timur Laut Bermula 13 November, Hujan Lebat Dijangka Berterusan Hingga Mac

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) memaklumkan Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026 akan bermula pada 13 November 2025 dan dijangka berterusan sehingga Mac 2026.

Sepanjang tempoh ini, antara lima hingga tujuh episod hujan lebat berterusan dijangka berlaku yang boleh mengakibatkan banjir di kawasan rendah serta berhampiran sungai.

Met Malaysia



Menurut MET Malaysia, tiupan angin timur laut yang kuat dan berterusan juga berpotensi menyebabkan laut bergelora serta peningkatan paras air laut di perairan Laut China Selatan.

Orang ramai dinasihatkan supaya bersiap sedia menghadapi musim tengkujuh dengan sentiasa mengikuti perkembangan terkini cuaca melalui laman web www.met.gov.my, aplikasi myCuaca, atau media sosial rasmi MET Malaysia.



Bagi sebarang pertanyaan, orang awam juga boleh menghubungi talian hotline MET Malaysia di 1-300-22-1638.

TERKINI

Seakan Pertubuhan Rasmi, Pelarian Rohingya Lantik Ketua Setiap Daerah Di Kelantan
|
Tular di media sosial mengenai kewujudan sebuah laman yang…
Bekal Air Ketum Kepada Nelayan, Dua Lelaki Ditahan Di Tok Bali
|
Kegiatan membekalkan air ketum kepada nelayan dan awak-awak kapal…
Warga Emas Ditahan Bawa 800kg Beras Seludup Dari Thailand Di Tanah Merah
|
Cubaan seorang lelaki warga emas untuk meloloskan diri daripada…
Ronaldo Pemain Pertama Jaring Gol Dalam Enam Piala Dunia
|
Cristiano Ronaldo terus mengukuhkan statusnya sebagai antara pemain terhebat…
Israel Dijangka Berperang Dengan Mesir Dalam Tempoh 15 Tahun
|
Seorang aktivis Zionis terkemuka meramalkan Israel berkemungkinan berdepan peperangan…
Tanah Diusahakan 20 Tahun Disita, Peneroka Gua Musang Tuntut Siasatan
|
Peneroka di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR Chalil, Gua…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!