Dua lelaki ditahan, 1,200 pil kuda dirampas di Pasir Mas

Op Taring Wawasan: Dua lelaki ditahan, 1,200 pil kuda dirampas

Pasukan Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan kegiatan pengedaran dadah di Pasir Mas selepas menahan dua lelaki dalam operasi Op Taring Wawasan Kelantan pada Ahad.

Serbuan dilakukan sekitar 7.45 malam di hadapan sebuah premis di Taman Megah Lagenda Kepas, Lati, Pasir Mas, selepas kedua-dua suspek yang berusia 29 dan 34 tahun dilihat dalam keadaan mencurigakan.

Hasil pemeriksaan menemui satu beg galas berisi 1,200 biji pil Yaba (pil kuda) dengan anggaran nilai keseluruhan RM43,100, termasuk kenderaan yang digunakan suspek.

Kedua-dua mereka kemudian diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas untuk tindakan lanjut.

Hasil ujian air kencing juga mendapati seorang daripada suspek positif dadah jenis Methamphetamine.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman berat termasuk penjara seumur hidup atau hukuman mati jika sabit kesalahan.

No posts found!



Tindakan pantas pasukan PGA ini menunjukkan komitmen berterusan polis dalam memerangi aktiviti pengedaran dadah di sempadan Kelantan yang sering menjadi laluan utama sindiket antarabangsa.

TERKINI

Saifuddin Dedah 5 Daerah Catat Penyalahgunaan Dadah Tertinggi Dalam Negara
|
Penyalahgunaan dadah sintetik kini menjadi ancaman terbesar negara apabila…
Kereta Dah Jumpa, Nor Afiza Masih Belum Ditemui Sejak 16 Jun
|
Seorang wanita berusia 41 tahun yang dilaporkan hilang sejak…
Stephen Chow Kembali Dengan “Kung Fu Soccer” Julai Ini
|
Pengarah dan pelakon terkenal Hong Kong, Stephen Chow dilaporkan…
Bangladesh Tolak Permintaan PBB Sedia Lebih Banyak Tanah Untuk Pelarian Rohingya
|
Bangladesh menolak permintaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyediakan…
KRW Sertai Piala FA Golok, 64 Pasukan Dari Malaysia Dan Thailand Bakal Berentap
|
Kelantan Red Warrior FC (KRWFC) menerima jemputan menyertai kejohanan…
Majlis Daerah Ketereh Baiki Bacaan Surah Dan Solat Kakitangan
|
Majlis Daerah Ketereh - Perbandaran Islam (MDKPI) menganjurkan Program…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!