Polis sahkan bekas pemain Kelantan antara suspek kes tembakan di Golok

KOTA BHARU – Polis Kelantan mengesahkan salah seorang suspek utama yang menembak rakyat Malaysia, Mohd Fuad Fahmie Ghazali, 33, hingga maut di Kampung Bering, Sungai Golok, Thailand, semalam merupakan bekas pemain import bola sepak Kelantan FA.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata suspek berkenaan dipercayai pernah beraksi di posisi penjaga gol bersama pasukan Kelantan FA pada musim 2019.

“Kita sahkan suspek adalah bekas pemain bola sepak Kelantan. Namun setakat ini, Polis Kelantan masih belum menerima maklumat terperinci berhubung kes berkenaan daripada pihak berkuasa Thailand,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Menurutnya, polis tidak menolak kemungkinan suspek akan melarikan diri ke Malaysia, berikutan hubungan rapat antara komuniti di sempadan kedua-dua negara.

“Susulan itu, kawalan di sempadan Malaysia–Thailand kini diperketatkan bagi memastikan suspek tidak dapat meloloskan diri,” katanya.

Difahamkan, suspek pernah menyertai skuad Piala Presiden Kelantan pada tahun 2014 sebelum melebarkan kariernya di Liga Thailand bersama Yala United FC dan PT Prachuap FC.

Pada tahun 2019, pemain itu dibawa masuk semula untuk memperkuatkan barisan benteng terakhir Kelantan FA.

Terdahulu, rakyat Malaysia Mohd Fuad Fahmie Ghazali, 33, dilaporkan meninggal dunia malam tadi selepas ditembak sebanyak lapan kali di kediamannya di Sungai Golok.

Mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Golok pada jam 9 malam.



Polis Thailand kini sedang memburu dua suspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian tragik tersebut.

#KelantanDaily
Sumber: Utusan

TERKINI

Cucu Tok Guru Nik Aziz, Senator Azhar Pilih Berdamai Tamatkan Kontroversi
|
Kontroversi melibatkan cucu bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Nik…
MB Kelantan Salur Bantuan Awal Kepada Mangsa Kebakaran Gok Kapor
|
Kerajaan Negeri Kelantan menyalurkan bantuan awal kepada mangsa kebakaran…
Remaja 15 Tahun Cuci Kereta Demi Keluarga, MAIK Tampil Hulur Bantuan Buat Shamir
|
Seorang remaja berusia 15 tahun yang sebelum ini terpaksa…
Tragedi Tohoi: Hilang Dalam Hutan 47 Hari, Dua Murid Sekolah Berusia 10 Dan 11 Tahun Ditemui Selamat
|
Hampir 11 tahun berlalu, namun tragedi kehilangan tujuh murid…
Ibu Angkat Ditahan Kurung Kanak-Kanak 9 Tahun Dalam Stor Belakang Rumah
|
Nasib malang seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang…
Jangan Hukum Semua Pelarian Rohingya Kerana Kesalahan Segelintir Individu – ABIM
|
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menegaskan bahawa pendirian mereka…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!