Kes culik di Pasir Puteh: Wanita antara lapan suspek disambung reman dua hari

KOTA BHARU – Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini membenarkan lanjutan reman selama dua hari terhadap lapan individu termasuk seorang wanita yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes penculikan seorang lelaki di Pasir Puteh.

Perintah reman tersebut dikeluarkan Majistret Amirul Asyraf Abdul Rasid selepas mendengar permohonan pihak polis bagi melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 385, 342 dan 365 Kanun Keseksaan serta Seksyen 8 Akta Senjata Api Penalti Lebih Berat 1971.

Kesemua suspek yang berusia antara 20 hingga 46 tahun dibawa ke mahkamah kira-kira jam 8.30 pagi dengan memakai pakaian lokap berwarna oren dan menutup muka.

Pada 2 Oktober lalu, mereka ditahan dalam beberapa siri serbuan di enam lokasi berasingan sekitar Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh dan Tumpat. Mangsa yang diculik turut berjaya diselamatkan.



Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, kejadian berlaku pada 26 September apabila mangsa dikurung di sebuah rumah di Cherang Ruku, Pasir Puteh. Suspek kemudian menuntut wang tebusan sebanyak RM150,000 daripada majikan mangsa.

Dalam operasi berkenaan, polis turut merampas 15 telefon bimbit, tiga kenderaan, seutas rantai besi bersama lima mangga, pelitup muka, pengikat kabel serta pakaian yang dipakai suspek semasa kejadian.

#KelantanDaily
Sumber: Bernama

TERKINI

Ibu Di Kuala Krai Tabah Jaga Bayi Hidrosefalus, Harap Anak Membesar Sihat
|
Bagi seorang ibu, melihat anak membesar dengan sihat sudah…
Bengkel Buat Bakul Lori Terbakar Di Wakaf Bharu, Kerugian Cecah RM40,000
|
Seorang pemilik bengkel membuat bakul lori mengalami kerugian lebih…
Penghantar Makanan Hilang Kaki, Ibu Rayu Pemandu Langgar Lari Bertanggungjawab
|
Seorang ibu tidak mampu menahan sebak apabila anak lelaki…
Kelantan Red Warrior FC Seru Penyokong Penuhi Stadium, Tawar Tiket Beli 1 Percuma 4
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW) nampaknya benar-benar mahu melihat…
Seleweng Dana Zakat RM230 Juta, SPRM Tahan Tiga Individu
|
Tiga individu termasuk seorang timbalan pengerusi sebuah badan bukan…
Tular Caj RM30 Baiki Kalkulator, KPDN Serbu Premis Di Kota Bharu Untuk Siasatan
|
Isu caj baiki kalkulator yang dimasuki air sehingga mencecah…
Jawatan Kosong Kelantan