Walau tiada stesen minyak, penduduk Dabong tetap nikmati BUDI95

KUALA KRAI – Walaupun Dabong masih tidak mempunyai kemudahan stesen minyak, penduduk di kawasan pedalaman itu tetap menikmati manfaat Budi Madani RON95 (BUDI95) pada harga RM1.99 seliter.

Menurut laporan Sinar Harian, terdapat 16 pos isian minyak petrol tradisional di sekitar Dabong, termasuk di Jelawang, Sungai Batu, Kandek, Biak, Stong, Kemubu, Gua Chatak, Sri Mahligai, Sri Bintang, Kuala Geris, Sungai Teku, Gong Genor, Bukit Pagar, Sungai Tias, Slow Mengkuang dan Pulai Layak.

Di pos berkenaan, petrol dipam menggunakan tangan sebelum dijual kepada pengguna tempatan. Setiap pembelian direkodkan sebagai bukti untuk memudahkan audit mingguan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Untuk mendapatkan bekalan di stesen minyak terdekat, penduduk perlu menempuh perjalanan jauh iaitu kira-kira 53 kilometer (km) ke Jeli, 56 km ke Laloh atau 70 km ke Gua Musang.

Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail, berkata pelaksanaan BUDI95 turut dinikmati penduduk pedalaman bermula Rabu, dengan harga yang sama seperti di bandar.

“Transaksi akan direkod secara manual kerana faktor capaian internet yang terhad. Namun, KPDN memberi jaminan pemantauan berterusan dibuat bagi mengelakkan sebarang manipulasi atau ketirisan,” katanya.

Sementara itu, pemilik pos isian minyak di Pekan Dabong, Zalee Che Sulaiman, 55, berkata terdapat lebih 2,000 pengguna di kawasan itu termasuk pemilik motosikal, kereta, nelayan darat dan pekebun.

Beliau yang sudah 13 tahun berniaga minyak secara tradisional berkata, melalui Program Penyeragaman Harga KPDN, penduduk di kawasan pedalaman tetap menikmati harga petrol seragam seperti di bandar kerana kos pengangkutan ditanggung kerajaan.

“Sebelum BUDI95, harga petrol dijual RM2.05 seliter dan saya perlu hadkan pembelian maksimum 10 liter untuk setiap kereta supaya semua orang dapat menikmatinya. Kami juga perlu merekod setiap pembelian bagi tujuan audit mingguan,” katanya.

Bagi pengusaha di Bukit Mas, Asroha Mat Ariffin, 43, kuota bekalan hanya sekitar 300 liter sehari, dengan majoriti pembeli terdiri daripada pemilik motosikal.

#KelantanDaily
Sumber: Sinar Harian

TERKINI

Bangladesh Tolak Permintaan PBB Sedia Lebih Banyak Tanah Untuk Pelarian Rohingya
|
Bangladesh menolak permintaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyediakan…
KRW Sertai Piala FA Golok, 64 Pasukan Dari Malaysia Dan Thailand Bakal Berentap
|
Kelantan Red Warrior FC (KRWFC) menerima jemputan menyertai kejohanan…
Majlis Daerah Ketereh Baiki Bacaan Surah Dan Solat Kakitangan
|
Majlis Daerah Ketereh - Perbandaran Islam (MDKPI) menganjurkan Program…
Bomba Dedah Punca Kebakaran 27 Rumah Di Gok Kapur
|
Kebakaran yang memusnahkan 27 rumah di Kampung Gok Kapur…
Kerajaan Kelantan Tidak Iktiraf Pelantikan Ketua Rohingya Di Setiap Daerah
|
Kerajaan Kelantan menegaskan bahawa pihaknya tidak mengiktiraf pelantikan ketua…
Seakan Pertubuhan Rasmi, Pelarian Rohingya Lantik Ketua Setiap Daerah Di Kelantan
|
Tular di media sosial mengenai kewujudan sebuah laman yang…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!