Jambatan jenis Bailey di laluan FT008 Machang dibuka sabtu ini

MACHANG – Jambatan besi sementara jenis Bailey yang dipasang di laluan FT008, Jalan Gua Musang – Kota Bharu, Machang dijangka siap sepenuhnya dan boleh digunakan mulai Sabtu, 27 September 2025, jam 10 pagi.

Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, dalam hantaran di Facebook memaklumkan, jambatan itu akan memberi kelegaan kepada rakyat Kelantan yang bergantung pada laluan utama tersebut.

“Insha-Allah pada hari Sabtu ini, 27 September 2025 bermula jam 10 pagi, rakyat Machang dan Kelantan boleh guna jambatan besi sementara jalan raya yang dipasang siap oleh JKR di lokasi mendapan Jalan FT008,” katanya.

Sebelum ini Kelantan Dailyu melaporkan, laluan berkenaan ditutup sepenuhnya sejak 14 September berikutan mendapan tanah serius di Seksyen 348.10 hingga 350.20, sekali gus menjejaskan perhubungan utama antara Gua Musang dan Kota Bharu.

Kerja-kerja pemasangan bermula minggu lalu dan mengambil masa kira-kira seminggu untuk disiapkan. Laluan berkenaan dijangka dibuka semula kepada semua kenderaan pada hujung minggu ini.

Penutupan jalan FT008 sebelum ini menyebabkan pengguna terpaksa menggunakan laluan alternatif lebih jauh, sekali gus menjejaskan aktiviti ekonomi dan perjalanan harian penduduk tempatan.

#KelantanDaily

TERKINI

“Baru Sabtu Lepas Kami Hantar Dia…” Abang Mangsa 61 Tikaman Luah Sebak
|
“Baru Sabtu minggu lalu kami hantar adik menyambung semester…
Kes Pelajar Wanita Ditikam 61 Kali Di Ketereh: Dua Suspek 19 Tahun Ditahan Polis
|
Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kes kematian…
“Bersyukur Masih Hidup…” Penjaga Lembu Ditembak Di Pipi Tak Serik Terus Bekerja
|
“Bersyukur masih hidup.”Itu perkara pertama yang terlintas di fikiran…
Identiti Gadis Ditikam 61 Kali Diketahui, Pelajar Kolej Di Kota Bharu Dari Perak
|
Identiti gadis yang ditemukan maut dengan 61 kesan tikaman…
Wanita Ditemui Maut Di Ketereh Pakai Rantai Leher Ukiran Nama “SYAA”
|
Kes penemuan mayat seorang wanita di Kampung Simah, Ketereh,…
Saksi Nampak Kecederaan Di Muka Dan Leher, Penemuan Mayat Wanita Di Ketereh Diklasifikasikan Kes Bunuh
|
Penemuan mayat seorang wanita di jalan Kampung Kubang Kiat,…
Jawatan Kosong Kelantan