Pelakon Along Eyzendy Meninggal Dunia

Dunia hiburan tanah air diselubungi kesedihan apabila pelakon, Along Eyzendy menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, Selangor kira-kira jam 12.16 tengah malam, Ahad.

Berita pemergian Allahyarham disahkan oleh isterinya, Hamidah Mohd Yatim, yang memaklumkan bahawa arwah meninggal dunia di sisi ahli keluarga terdekat.

Pada Khamis lalu, Along atau nama sebenarnya Mohd Eyzendy Mohd Aziz, 47, terpaksa ditidurkan di Unit Rawatan Terapi (ICU) akibat pendarahan serius dalam perut.

Sebelum itu, arwah dimasukkan ke hospital selepas mengalami demam dan batuk berpanjangan, sebelum disyaki berlaku jangkitan pada stent di saluran hempedu.

Untuk rekod, Allahyarham merupakan anak kelahiran Ipoh, Perak dan memulakan kerjaya sebagai peniup trumpet sebelum menceburi bidang lakonan pada tahun 2003.

Sepanjang kerjayanya, arwah pernah membintangi pelbagai filem popular antaranya Budak Kelantan, Lagenda Budak Hostel, Khurafat: Perjanjian Syaitan, Lu Pikirlah Sendiri de Movie, Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang dan Mat Moto.

Selain itu, Allahyarham turut aktif dalam dunia drama televisyen termasuk Bini-Bini Perkasa, Keranamu Laila, Sanggul Beracun dan beberapa lagi karya lain.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Hamidah Mohd Yatim serta tiga orang anak.

SHARE:

TERKINI

Inspektor Polis Didakwa Minta, Terima Suapan RM12,000 Di Jeli
|
Seorang pegawai polis berpangkat inspektor didakwa di Mahkamah Sesyen…
Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
KRW FC Tangguh Pengambilan Pemain Baharu, Tunggu Isu Teknikal Selesai
|
Ketua Jurulatih Kelantan Red Warriors (KRW) FC, Irfan Bakti…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!