Kerajaan Kelantan Sedia Disiasat SPRM Isu Amalan ‘Anak Beranak’ Dalam Pentadbiran

Kerajaan Kelantan menegaskan kesediaan untuk memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya terdapat asas kukuh untuk menjalankan siasatan terhadap Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohamed Fadzli Hassan berkata, pentadbiran negeri tidak pernah menghalang mana-mana agensi penguat kuasa menjalankan tanggungjawab sejak era pentadbiran Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Kita terbuka dari dahulu sampai sekarang. SPRM ada kuasa dan undang-undang sendiri untuk menyiasat.

“Jika ada asas untuk pendakwaan, teruskan. Kita tiada masalah,” katanya selepas Mesyuarat Exco di Kota Darulnaim pada Rabu.

Beliau mengulas gesaan tular di media sosial supaya SUK Kelantan disiasat susulan penahanan seorang Exco Kerajaan Terengganu oleh SPRM atas pertuduhan menyalahgunakan kedudukan bagi kepentingan ahli keluarganya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temangan itu menegaskan, tuduhan kononnya wujud pelantikan ahli keluarga dalam jabatan kerajaan negeri perlu dilihat secara adil dan berdasarkan fakta, bukan persepsi.

“Kalau pelantikan dibuat mengikut kelayakan dan memenuhi syarat, ia bukan satu kesalahan. Tetapi jika tidak cukup syarat dan tetap dilantik, itu memang wajar disiasat,” ujarnya.

Menurutnya, siasatan juga perlu dilakukan secara menyeluruh dan tidak terpilih.

“Kalau SUK negeri lain boleh disiasat, siasatlah semua. Jangan hanya fokus kepada satu negeri sahaja. Kita mahu keadilan yang sama,” katanya.


Beliau menambah, dakwaan amalan ‘anak-beranak’ dalam pentadbiran bukan isu luar biasa dan boleh berlaku di mana-mana peringkat termasuk di peringkat pusat, selagi individu yang dilantik memiliki kelayakan serta melalui proses yang sah.

Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Bomba Kelantan Rekod 1,509 Kes Kebakaran Terbuka Sejak Mac, Bachok Tertinggi
|
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan merekodkan peningkatan…
Kelantan Sasar Pasaran China & Singapura, Rangka Promosi Pelancongan Lebih Efektif
|
Kerajaan Negeri Kelantan kini merangka pendekatan promosi pelancongan yang…
Bengkel Kereta Di Jalan Long Yunus Kota Bharu Terbakar, Lima Kenderaan Hangus
|
Sebuah bengkel kereta di Jalan Long Yunus, Kota Bharu…
Pengeluaran Dron Serangan Iran Meningkat 10 Kali Ganda Sejak Perang
|
Kadar pengeluaran dron serangan Iran dilaporkan meningkat sehingga 10…
YIK Lahirkan 5,720 Huffaz, 432 Graduan Tahfiz Dirai Dalam Majlis Graduasi Kali Ke-16
|
Yayasan Islam Kelantan (YIK) berjaya melahirkan seramai 5,720 huffaz…
MB Manfaat Lawatan PM Sabtu Ini, Bincang Pembangunan Perlu Disegerakan
|
Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke…
Jawatan Kosong Kelantan