Dari RM5 Ke RM1,000 Seekor, ‘Belalang Kerek’ Jadi Hobi Unik Di Kelantan

Sebut berkaitan hobi, setiap individu pasti ada minat masing-masing. Namun bagi penduduk di beberapa daerah di Kelantan, ada satu hobi yang mungkin unik kepada orang luar tetapi sudah biasa buat penduduk setempat iaitu hobi membela Belalang Kerek.

Belalang untuk pertandingan ini juga dikenali sebagai Belalang Rusa, dengan nama saintifik Orthoptera tettigoniidae.

Belalang Kerek, belalang rusa

Belalang Kerek Milik Haikal Hakim atau juga dikenali Belalang Rusa dengan nama saintifiknya Orthoptera Tettigoniidae. (Foto: Amir Abd Hamid)



Bagi Wan Mohammad Haikal Hakim Wan Mohammad Nor, 26, dari Kampung Baru Nelayan, Tumpat, minat terhadap serangga itu bermula apabila dia sering berkunjung ke lokasi pertandingan bunyi belalang.

“Pada awalnya, saya hanya menyaksikan pertandingan sebelum saya membeli seekor belalang di Pangkalan Kubor pada harga RM5.

“Tanpa disangka, belalang berkenaan dinobatkan juara selain mendapat tempat kedua dan ketiga dalam beberapa pertandingan,” katanya yang bekerja tetap di sebuah syarikat penghantaran.

Cara Belalang Kerek Dinilai Dalam Pertandingan

Menurut Haikal, keunikan belalang ini terletak pada kelajuan bunyi yang dihasilkan atau disebut sebagai ‘butir’ dalam kalangan peminat.

Dalam sesuatu pertandingan, bunyi tersebut akan dinilai oleh pengadil.

“Rekod paling laju belalang saya pernah buat ialah 52 butir bunyi dalam masa 30 saat.

carta pertandingan belalang kerek

Carta pertandingan belalang kerek. (Foto: Amir Abd Hamid | Harian Metro)

“Ada juga kategori ‘Ai Sogho’ iaitu yang menilai kemerduan suara, tetapi kategori butir paling popular kerana kelajuannya,” jelas Haikal yang memiliki koleksi belalang diberi nama ‘VIP Thai’, ‘Taik Siem’, ‘Key’ dan ‘Pidah’.

Seni Penjagaan Belalang Kerek

Menurut Haikal, belalang ini berehat pada waktu siang dan aktif pada waktu malam, selain sangat sensitif terhadap cahaya dan bunyi bising.

Bagi memastikan ia galak berbunyi, sangkarnya perlu ditutup dengan kain atau kelambu supaya suasana menjadi gelap sepenuhnya.

“Setiap pagi, belalang ini perlu dimandikan dengan disembur air.

“Ia makan sengkuang atau timun. Jika mahu ia berbunyi dalam pertandingan, kita perlu pastikan suasana betul-betul gelap,” katanya.

Menariknya, terdapat juga kepercayaan atau pantang larang dalam kalangan peminat belalang kerek.

Menurut Haikal, belalang kerek dikatakan boleh ‘merajuk’ dan enggan berbunyi sekiranya pemiliknya bersikap sombong atau ‘kecek besar’.

“Kita ‘main’ untuk ‘happy-happy’ sahaja. Kalau kita terlalu mengharap atau sombong, ada kalanya belalang ‘tak kokok’ (tidak mahu mengeluarkan bunyi).

“Jadi, kena rendah diri,” katanya.

Hadiah Lumayan Pertandingan Belalang

Hobi ini bukan sekadar suka-suka, malah pertandingan yang disertai turut menawarkan hadiah lumayan.

Pemenang pertandingan belalang kerek

Haikal Hakim (tiga dari kanan) muncul juara dengan belalang yang dibeli berharga RM5. (Foto: Amir Abd Hamid | Harian Metro)

Selain barangan keperluan rumah seperti bantal, toto dan tilam, penganjur pertandingan juga pernah menawarkan hadiah termasuk kambing, lembu serta kereta.

Nilai Pasaran Belalang Kerek Cecah RM1,000

Walaupun boleh dibeli serendah RM5 atau dicari sendiri di hutan, belalang yang sudah bergelar juara boleh mencecah harga antara RM800 hingga RM1,000 seekor.

Haikal turut bersyukur kerana isterinya memberikan sokongan terhadap hobinya itu.

Sumber: Harian Metro

SHARE:

TERKINI

Negara Diancam “Melayu Phobia”, Perlu Akta Khusus Lindungi Asal Usul Melayu
|
Kerajaan digesa menggubal satu akta khusus yang memperuntukkan bahawa…
[VIDEO] Pelancong Indonesia Tertarik Penggunaan Tulisan Jawi Di Kelantan
|
Sejak penerbangan terus Jakarta-Kota Bharu dibuka pada 16 Jun…
Kereta Bawa 200,000 Batang Rokok Seludup Terbabas Dalam Tali Air Di Tumpat
|
Cubaan seorang penyeludup meloloskan diri daripada ditahan Pasukan Gerakan…
12 Pegawai Polis Ditahan Disyaki Peras Ugut Warga China RM2 Juta
|
Seramai 12 pegawai polis pelbagai pangkat ditahan selepas dipercayai…
Mbarga, Musa Dijangka Turun Beraksi Dalam Pusingan 16 Piala FA Golok
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) bakal meneruskan cabaran…
Wayang Kulit Kelantan Makin Sukar Bertahan, Permit Dan Kekurangan Pelapis Jadi Cabaran
|
Ramai menyangka Wayang Kulit Kelantan sudah tidak lagi diminati.Hakikatnya,…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!