Pelajar UniSZA Maut Dirempuh Kereta Di Persimpangan Lampu Isyarat

Seorang pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) maut selepas kereta dipandunya dirempuh sebuah kenderaan lain dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Terengganu, pada Isnin.

Dalam kejadian itu, mangsa Syakirah Hanan Mazli, 25, yang memandu sebuah Perodua Viva disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Azli Mohd Noor, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut kira-kira jam 1.55 tengah hari, melibatkan sebuah Perodua Viva dan sebuah Honda Jazz.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kereta dipandu mangsa datang dari arah UniSZA menghala ke Bukit Kecil.

“Ketika berhenti di lampu isyarat dan mula bergerak membelok ke kanan selepas lampu bertukar hijau, kenderaan mangsa telah dirempuh sebuah Honda Jazz yang datang dari arah bertentangan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Akibat perlanggaran itu, bahagian hadapan sebelah kiri Perodua Viva remuk teruk, manakala Honda Jazz yang dipandu seorang lelaki berusia 32 tahun turut mengalami kerosakan di bahagian hadapan.

Kes kemalangan berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan lanjut, manakala pemandu Honda Jazz kini menerima rawatan di Zon Kuning hospital sama akibat patah tangan kanan dan kecederaan di bahagian tengkuk,” katanya.

TERKINI

“Sebagai Bapa, Saya Maafkan Guru Berkenaan” – Bapa Pelajar Maut Dirempuh Di Sekolah
|
Tragedi pilu yang meragut nyawa pelajar Tingkatan Satu, Nur…
Guru Disyaki Rempuh Dua Pelajar Depan Surau Sekolah Di Kota Bharu Dibawa Ke Mahkamah
|
Kes kemalangan tragis yang mengorbankan seorang pelajar Tingkatan Satu…
Iran Telah Lama Bersedia Hadapi Perang Berpanjangan Selama 6 Bulan
|
Iran dilaporkan bersedia menghadapi kemungkinan perang berpanjangan sehingga enam…
Tragedi Pelajar Maut Di Kota Bharu Perlu Jadi Iktibar, Elak Kecuaian – PM
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tragedi yang…
Tular Video Pemandu Bas Didakwa Pandu Sambil Meriba Wanita
|
Satu video yang tular di media sosial mencetuskan kemarahan…
AS Dakwa China Bersedia Hantar Sistem Pertahanan Udara Baharu Kepada Iran
|
Perisikan Amerika Syarikat (AS) mendakwa China sedang bersiap sedia…
Jawatan Kosong Kelantan