JPJ Kelantan Akan Laksana Pemeriksaan Rawak Sempena RXZ Forever Legend Di RTC Tunjong

Jabatan Pengangkutan Jalan Kelantan akan melaksanakan pemeriksaan secara rawak terhadap penunggang dan pembonceng motosikal sempena program RXZ Forever Legend yang dijadual berlangsung di RTC Tunjong pada 6 dan 7 Februari ini.

Pengarah JPJ Kelantan, Mohd Misuari Abdullah, berkata pemeriksaan itu merangkumi aspek keselamatan dan pematuhan undang-undang jalan raya sebelum, semasa dan selepas program berkenaan.

Menurut beliau, fokus utama pemeriksaan adalah pemakaian topi keledar serta tahap pengubahsuaian motosikal termasuk penggunaan ekzos yang terlalu bising.

“Ini bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya terpelihara dan pematuhan undang-undang jalan raya terus dipatuhi oleh semua peserta,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kursus Peningkatan Jati Diri, Disiplin dan Profesionalisme Kakitangan serta Pelancaran Lagu Rasmi Queen Express di sini pada Isnin. Turut hadir Pengerusi Eksekutif Queen Ekspress, Mohd Suffian Daud.

Mohd Misuari turut mengingatkan setiap pemilik dan penunggang motosikal supaya memahami tanggungjawab asas termasuk memiliki lesen memandu sah, cukai jalan serta perlindungan insurans.

Mengulas penguatkuasaan sempena program berkenaan, beliau berkata pihaknya setakat ini belum menerima arahan khusus daripada ibu pejabat, namun pemantauan tetap akan dijalankan seperti biasa melalui pasukan risikan dan pemantau JPJ.

“Kami tidak akan biarkan keadaan begitu sahaja. Jika ada kesalahan, tindakan akan diambil,” katanya.

Beliau turut menasihatkan individu yang dokumen tidak lengkap atau menggunakan motosikal dengan pengubahsuaian ekstrem supaya tidak menghadiri program berkenaan.

“Kalau lengkap, motosikal dalam keadaan standard dan datang dengan sikap berhemah, silakan hadir. Kami alu-alukan,” katanya.

Dalam masa sama, peserta turut diingatkan agar mengelakkan sebarang aksi berbahaya atau perlumbaan memandangkan laluan ke lokasi program melalui jalan kampung.



Sebelum ini, media melaporkan program berkenaan dianjurkan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dan difahamkan mendapat kelulusan kerajaan negeri serta pihak polis.

Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

[VIDEO] Dewan Rakyat Tegang, Jelutong Petik Kelantan Paling Tinggi Kes Seksual
|
Dewan Rakyat hari ini dilaporkan hampir menjadi tegang apabila…
Anggota Bomba Didakwa Memandu Cuai, Kanak-Kanak Cedera Parah Di Bachok
|
Seorang anggota bomba berusia 46 tahun mengaku tidak bersalah…
Ibu Bapa Kelantan Sanggup Jual Tanah Demi Pastikan Anak Berjaya Dalam Pelajaran
|
Semangat masyarakat Kelantan yang mengutamakan pendidikan sejak dahulu menjadi…
Rakyat Malaysia Cedera Akibat Letupan Bom Di Takbai
|
[Dikemaskini] Dua orang rakyat Malaysia cedera selepas terkena letupan…
Kanak-Kanak 6 Tahun Tertusuk Paku, Kayu 1 Meter Melekat Pada Tangan
|
Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun terpaksa mendapatkan bantuan…
Individu Tampil Fakta, Bidas Dakwaan Nga Kor Ming Kelantan ‘Juara’ HIV, Rogol
|
Sebuah video memaparkan ceramah Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!