Pelajar IPT yang lari dari polis rupanya nak bermadu asmara dengan kekasih calon SPM

Seorang penuntut Institusi Pengajian Tinggi ditahan polis selepas dipercayai cuba melakukan hubungan seks bersama teman wanitanya yang juga calon SPM di dalam sebuah kereta sebelum terkejut dengan kehadiran anggota rondaan di Jeli.

Kejadian berlaku pada Isnin lalu sekitar jam 3 petang ketika pasangan itu berada di dalam kenderaan yang berhenti di tepi jalan.

Suspek lelaki berusia 20-an dilapor memecut laju melarikan diri dari pemeriksaan sebelum bergelut dengan polis.

@thekelantandaily

Pelajar IPT di Jeli ditahan selepas melarikan diri dan menghimpit kenderaan polis, pemeriksaan didalam kereta menemukan remaja perempuan yang masih bersekolah. #KelantanDaily #BeritaKelantan

♬ original sound - Kelantan Daily - Kelantan Daily



Ketua Polis Daerah Jeli Superintendan Kamarulzaman Harun berkata siasatan mendapati suspek mengambil mangsa di sebuah sekolah di Jeli sebelum berhenti di tepi jalan.

Menurut beliau, “Siasatan mendapati, suspek mengambil mangsa di sebuah sekolah di Jeli. Mereka kemudiannya berhenti di tepi jalan untuk melakukan hubungan seks dalam kereta dengan rela hati.

“Bagaimanapun, pasangan kekasih itu terkejut dengan kehadiran polis yang ketika itu sedang melakukan rondaan.”

Suspek kini disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Kamarulzaman berkata suspek sebelum ini direman empat hari mengikut Seksyen 186 dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam serta memandu secara berbahaya.

Reman itu tamat hari ini dan permohonan reman baharu dibuat berkaitan kes amang seksual.

Dalam perkembangan berkaitan, polis memaklumkan bahawa mangsa membuat laporan berhubung perlakuan tidak bermoral suspek, termasuk kejadian mereka berhenti di kawasan Lata Renyut sebelum berhenti di tepi jalan Kampung Sungai Rual.

Kamarulzaman mengingatkan orang awam, “Polis tidak akan berkompromi dengan sebarang kesalahan berkaitan keselamatan dan perlindungan kanak-kanak,” sambil menasihatkan agar tiada siapa melakukan perlakuan tidak senonoh atau mencurigakan di dalam kenderaan, sama ada di tempat awam atau kawasan sunyi.

Sebelum ini, media melaporkan pasangan terbabit melarikan diri selepas terkejut melihat kehadiran polis ketika mereka berhenti di tepi jalan di Kampung Sungai Rual.

BACA: Penuntut IPT bersama kekasih ditahan selepas bergelut dengan polis

KD: Jangan hanya kerana nak 'sedap' sekejap, masa depan dipertaruhkan. Sungguh tak berbaloi memandangkan suspek sangat muda dan masih menuntut di universiti.

Sumber: Sinar Harian, Harian Metro

TERKINI

Tanah Diusahakan 20 Tahun Disita, Peneroka Gua Musang Tuntut Siasatan
|
Peneroka di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR Chalil, Gua…
Bangsal Tersembunyi Dalam Semak Di Pasir Mas Rupa-Rupanya Stor Dadah
|
Seorang lelaki berusia 34 tahun diberkas Pasukan Gerakan Am…
55 Pelajar Tahfiz Bachok Tawan Tiga Puncak Gunung Stong Sambil Khatam Al-Quran
|
Seramai 55 pelajar Maahaad Tahfiz Sains Al-Muhammadi (MTSM) Nipah…
Mufti Kelantan Tegur Wanita Promosi Pakaian Dalam Dengan Memakai Sendiri
|
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menegur tindakan segelintir…
Pasangan Kekasih Ditahan, Polis Rampas Dadah Bernilai RM9.7 Juta Di Butterworth
|
Polis Pulau Pinang berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah…
JIPS Siasat Anggota Polis Muat Naik Video Tular Didakwa Hina Penduduk China
|
Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman akan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!