APM bantu pembantu perubatan redah banjir beri rawatan warga emas strok

Keadaan banjir di Kampung Temangan, Machang memaksa Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) membawa pembantu pegawai perubatan terus ke rumah seorang warga emas yang mengalami angin ahmar bagi mendapatkan rawatan susulan.

Situasi itu berlaku selepas laluan sejauh kira-kira satu kilometer dari rumah pesakit ke Klinik Kesihatan Temangan dinaiki air setinggi 0.5 meter, menyebabkan pesakit tidak dapat hadir ke temujanji rawatan.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Machang, Leftenan (PA) Ahmad Suhaizi Ahmad Suhaimi berkata, Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) menerima panggilan daripada orang awam pada jam 10.01 pagi pada Rabu berhubung pesakit yang memerlukan bantuan segera.

Katanya, jarak dari PKOD APM Machang ke lokasi kejadian adalah kira-kira 20 kilometer.

“Seramai 10 anggota termasuk seorang pegawai bersama pembantu pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Temangan ke lokasi dan terpaksa meredah air setinggi kira-kira 0.5 meter sejauh satu kilometer kerana laluan ke rumah pesakit dinaiki air akibat banjir.

“Mereka tiba di kediaman pesakit, Mohd Yusuf Awang, 70, jam 10.50 pagi.

“Warga emas ini mengalami angin ahmar dan memerlukan rawatan susulan, namun tidak dapat hadir ke temujanji di klinik kerana laluan ke rumahnya terjejas akibat banjir,” katanya.

Menurut beliau, pesakit diberikan rawatan selama lebih satu jam sebelum operasi ditamatkan pada jam 12.01 tengah hari.



“APM sentiasa komited dalam memberikan perkhidmatan kemanusiaan dan bantuan kecemasan demi kesejahteraan masyarakat,” katanya.

Sumber: Harian Metro

TERKINI

Penoreh Getah Dipenjara 24 Tahun, 12 Sebatan Amang Seksual Anak Kandung
|
Seorang penoreh getah dijatuhi hukuman penjara 24 tahun dan…
Inspektor Polis Didakwa Minta, Terima Suapan RM12,000 Di Jeli
|
Seorang pegawai polis berpangkat inspektor didakwa di Mahkamah Sesyen…
Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!