Sembilan jajahan di Kelantan diramal banjir bermula esok hingga 21 November

Beberapa jajahan di Kelantan dijangka berisiko mengalami banjir antara 19 hingga 21 November selepas MetMalaysia mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan kategori Waspada semalam.

Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara memaklumkan potensi banjir itu melibatkan kawasan Kuala Krai, Jeli, Bachok, Machang, Pasir Puteh, Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu dan Tanah Merah.

Di Kuala Krai, kawasan berisiko terletak dalam Lembangan Sungai Kelantan yang merangkumi Sungai Durian, Sungai Tagor, Sungai Galas, Sungai Sedulek, Sungai Geh, Sungai Nal, Sungai Lebir, Sungai Mel, Sungai Mesek dan Sungai Pahi.

Jajahan Jeli pula, kawasan yang dijangka terjejas ialah Lembangan Sungai Golok meliputi Sungai Buloh, Sungai Lanas, Sungai Legeh dan Sungai Satan serta Lembangan Sungai Kelantan melibatkan Sungai Pergau, Sungai Belahat, Sungai Jeli, Sungai Jentiang dan Sungai Taduh.

Bachok dijangka menerima kesan di Lembangan Sungai Gali, Lembangan Sungai Kemasin melibatkan Sungai Jelawat dan Lembangan Sungai Semerak merangkumi Sungai Lubuk Nibong serta Sungai Melor.

Di Machang, kawasan berisiko berada di Lembangan Sungai Kelantan yang melibatkan Sungai Abal, Sungai Bagan, Sungai Dalu, Sungai Galang, Sungai Hala, Sungai Hau, Sungai Joh, Sungai Kemudu, Sungai Kerak dan Sungai Kerawang.

Pasir Puteh pula dijangka terkesan di Lembangan Sungai Kelantan melibatkan Sungai Semerak dan Sungai Tasek serta Lembangan Sungai Semerak yang merangkumi Sungai Besut.

Untuk Tumpat, kawasan berisiko termasuk Lembangan Sungai Golok melibatkan Sungai Pengkalan Nangka dan Sungai Mentua serta kawasan dalam Lembangan Sungai Kelantan.

Di Pasir Mas, kawasan terjejas dijangka membabitkan Lembangan Sungai Golok iaitu Sungai Bunut Susu dan Sungai Meranti serta Lembangan Sungai Kelantan.

Jajahan Kota Bharu turut berisiko di kawasan dalam Lembangan Sungai Kelantan, manakala Tanah Merah dijangka terlibat di Lembangan Sungai Golok melibatkan Sungai Jegor dan Lembangan Sungai Kelantan yang merangkumi Sungai Kusial, Sungai Manal dan Sungai Jedok.

Orang ramai terutama yang tinggal di kawasan rendah, berdekatan sungai dan lokasi yang sering dinaiki air diminta berwaspada serta memantau perkembangan semasa. Pihak berkuasa juga menasihatkan supaya penduduk mematuhi arahan keselamatan jika keadaan cuaca bertambah buruk.

Sumber: Kosmo

TERKINI

Bayi Perempuan Bertali Pusat Ditemui Ditinggalkan Di Pekarangan Masjid
|
Jemaah dan penduduk sekitar Masjid Al-Jamhuriah, Kuala Besut digemparkan…
Kuching City, Melaka FC Jadi Medan Ujian KRW Sebelum Sepak Mula Liga Super
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) mengumumkan jadual lengkap…
Ketua Pemuda Amanah Bachok Didakwa Muat Naik Poster Palsu Kenaikan Harga Minyak
|
Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Bachok mengaku tidak…
[VIDEO] Pemilik Rumah Kesal, Penyewa Lari Tinggalkan Rumah Dalam Keadaan Rosak Dan Kotor
|
Seorang pemilik rumah di Taman Desa Kujid, Kota Bharu…
Sudah 10 Kali Ditangkap, Lelaki Mengaku Jadi Penyeludup Demi Sara Keluarga
|
"Kalau Tak Buat Kerja Ini, Apa Lagi Saya Boleh…
Lelaki Ditembak Ketika Hendak Masuk Kereta Selepas Beli Telur
|
Seorang lelaki berusia 38 tahun cedera selepas dipercayai ditembak…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!