APM Bachok gerak operasi menyelamat, satu PPS dibuka setakat ini

BACHOK – Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Bachok melaksanakan operasi menyelamat dan memindahkan mangsa banjir selepas hujan berterusan sejak Khamis menyebabkan paras air meningkat di beberapa kawasan.

Menurut muat naik APM Kelantan, dalam kejadian malam tadi (21 November), air naik mendadak dan menenggelami beberapa rumah di kawasan Perumahan Kampung Budi, memaksa penduduk dipindahkan bagi memastikan keselamatan mereka.

Kesemua mangsa dibawa ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Pauh Sembilan bagi mendapatkan perlindungan serta bantuan lanjutan.

BACA: Dua sungai di Kelantan berada pada paras berjaga-jaga

Setakat jam 2 petang, 22 November, seramai 46 mangsa daripada 15 keluarga ditempatkan di PPS berkenaan. Buat masa ini, hanya satu PPS dibuka di seluruh Kelantan.

Menurut ramalan cuaca, hujan dijangka berterusan di seluruh negeri sehingga Rabu, 26 November, dan penduduk di kawasan rendah disaran berwaspada terhadap sebarang kemungkinan peningkatan paras air.

TERKINI

Myanmar Setuju Terima Semula 5,000 Pelarian Rohingya Dari Malaysia
|
Myanmar bersetuju menerima semula kira-kira 5,000 pelarian Rohingya yang…
Pukul Pengawal Peribadi dan Hina Ibadah Puasa, Ahli Perniagaan Dipenjara Lima Tahun
|
Seorang ahli perniagaan mula menjalani hukuman penjara lima tahun…
Penunggang RXZ Maut Dirempuh Selepas Proton Wira Buat Pusingan U
|
Seorang penunggang motosikal Yamaha RXZ maut selepas melanggar sebuah…
Dua Pemandu Bas Ekspres Ditahan, Sorok Syabu Belakang Tempat Duduk Pemandu
|
Dua pemandu bas ekspres ditahan polis selepas disyaki memiliki…
34,000 Akaun Pengguna Di Empat Jajahan Dijangka Alami Gangguan Bekalan Air
|
Kira-kira 34,000 akaun pengguna di empat jajahan di Kelantan…
PGA Tahan Enam Lelaki, Rampas 360 Tan Bijih Besi Di Kuala Krai
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan enam lelaki serta merampas…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!