Tauke dadah pancing pelajar sekolah dengan gaya hidup mewah

KOTA BHARU – Polis Kelantan mendedahkan terdapat segelintir tauke dadah di negeri ini menggunakan gaya hidup mewah sebagai umpan untuk menarik minat pelajar sekolah menyertai aktiviti pengedaran dadah.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata kemewahan yang ditunjukkan oleh golongan pengedar menyebabkan remaja mudah terpengaruh dan menjadikan mereka sebagai idola.

“Mereka (tauke dadah) mempamerkan kemewahan untuk menarik minat pelajar. Akhirnya pelajar ini terpengaruh dan mula terlibat secara kecil-kecilan. Apabila melihat hasil lumayan, mereka terus terjebak,” katanya pada sidang akhbar, Rabu.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Citra Remaja Unggul di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ismail Petra, di sini.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan, Siti Norina Muhamad, dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Hussin.

Menurut Mohd Yusoff, pendedahan itu dibuat berdasarkan maklumat diterima pihak polis, dan pemantauan sedang dijalankan bagi mengekang gejala berkenaan.

Beliau turut memaklumkan bahawa sebanyak 12 tangkapan membabitkan pelajar sekolah direkodkan antara Januari hingga September tahun ini atas kesalahan berkaitan penyalahgunaan dadah.

No posts found!



“Daripada jumlah itu, lima pelajar ditahan di Kota Bharu, empat di Tanah Merah, dua di Pasir Mas dan seorang di Bachok,” katanya.

#KelantanDaily
Sumber: Sinar Harian

TERKINI

Inspektor Polis Didakwa Minta, Terima Suapan RM12,000 Di Jeli
|
Seorang pegawai polis berpangkat inspektor didakwa di Mahkamah Sesyen…
Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
KRW FC Tangguh Pengambilan Pemain Baharu, Tunggu Isu Teknikal Selesai
|
Ketua Jurulatih Kelantan Red Warriors (KRW) FC, Irfan Bakti…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!