Jenayah seksual di Kelantan banyak berlaku di rumah dan dalam kereta

KOTA BHARU – Sebanyak 349 kertas siasatan berkaitan jenayah seksual dibuka oleh polis Kelantan sejak Januari hingga September tahun ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat, berkata jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 92 kes berbanding 257 kes yang direkodkan dalam tempoh sama tahun lalu.

“Kes-kes jenayah seksual melibatkan cabul kehormatan, mengedar gambar lucah, liwat, mengintai dan membuat isyarat lucah.

Kes rogol di Kelantan agak serius dan tugas untuk membendung jenayah itu bukan hanya tugas polis, sebaliknya ia juga melibatkan semua pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Peluncuran Program Citra Remaja Unggul Peringkat Negeri Kelantan 2025 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ismail Petra, di sini, hari ini.

Menurut Mohd. Yusoff, daripada jumlah keseluruhan, kes rogol kanak-kanak bawah umur merekodkan angka tertinggi berbanding kategori jenayah seksual lain.

Beliau berkata, antara cabaran besar yang dihadapi pihaknya ialah kes jenayah seksual sering berlaku di tempat tertutup, sekali gus menyukarkan tindakan awal.

“Kebanyakan kes rogol di Kelantan melibatkan suka sama suka dan ada juga yang berlaku di rumah sendiri.

No posts found!



Ada juga remaja yang membawa balik lelaki ke rumah melakukan hubungan di dalam bilik tanpa pengetahuan ibu bapa mereka,” katanya.

#KelantanDaily
Sumber: Kosmo

TERKINI

12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
JAKIM Nafi Iktiraf Sijil Nikah Rohingya, Guna Nombor Rujukan Palsu
|
Dakwaan mengenai sijil perakuan nikah melibatkan etnik Rohingya yang…
Suami Isteri Ditahan Disyaki Guna Dron Seludup Tembakau Ke Penjara
|
Cubaan menyeludup tembakau ke dalam Penjara Sungai Udang, Melaka…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!