Polis cedera ditembak dan ditikam, mayat wanita ditemui dalam kereta

IPOH – Seorang anggota polis cedera selepas ditembak dan ditikam oleh seorang suspek ketika cuba melakukan pemeriksaan ke atas sebuah kereta mencurigakan di Simpang Pulai awal pagi Ahad.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 1.15 pagi ketika sepasukan anggota Balai Polis Simpang Pulai menjalankan rondaan cegah jenayah di kawasan Taman Desa Pakatan.

Menurutnya, kereta yang dikesan enggan berhenti apabila diarahkan, sebaliknya melarikan diri sebelum berhenti di kawasan kebun kelapa sawit.

“Berlaku pergelutan ketika cubaan tangkapan dilakukan. Suspek berjaya merampas pistol milik anggota terbabit lalu melepaskan tembakan ke arah perut mangsa sebelum menikamnya. Suspek kemudian melarikan diri bersama pistol berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

Mangsa, seorang konstabel berusia 26 tahun, kini dilaporkan stabil dan sedang dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.

Pemeriksaan lanjut terhadap kereta yang ditinggalkan suspek menemukan mayat seorang wanita yang belum dikenal pasti identitinya di bahagian tempat duduk belakang.

“Bedah siasat akan dijalankan di Unit Forensik HRPB bagi mengenal pasti identiti serta punca kematian wanita tersebut,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302/307 Kanun Keseksaan serta Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Polis kini giat mengesan suspek dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintenden Fadli Ahmad di talian 012-2500019.

#KelantanDaily
Sumber: Sinar Harian

TERKINI

Johor Rasmi Bubar DUN, PRN Ke-16 Bakal Diadakan
|
Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 rasmi dibubarkan berkuat…
Cucu Arwah Tok Guru Nik Aziz Dakwa Ditampar Senator
|
Cucu kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Nik Abdul…
Annuar Musa Dedah Punca Undur Diri Dari KTRW, Bakal Terajui Kelantan City
|
Bekas Presiden Kehormat Kelantan The Real Warriors, Tan Sri…
Kelantan Berpotensi Jadi Hab Tenaga Hijau Negara
|
Kelantan dilihat mempunyai potensi geografi dan cuaca yang besar…
Mufti Kelantan Sifatkan Sambutan Hari Jadi Bertema Bunian Sebagai Kufur Nikmat
|
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menyifatkan sambutan hari…
13 Warga Myanmar Ditahan Di Jeli, Bayar RM3,500 Kepada Ejen Untuk Masuk Malaysia
|
Seramai 13 warga Myanmar termasuk dua kanak-kanak lelaki ditahan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!