Pelajar tingkatan enam positif dadah selepas berhibur di Thailand

BUKIT KAYU HITAM – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kedah menahan 23 individu termasuk seorang pelajar tingkatan enam sebuah sekolah di Jitra, selepas pulang bercuti di Thailand, pagi tadi.


Pengarahnya Khairul Anwar Ahmad berkata kesemua individu itu ditahan dalam Op Merdeka 2025, bermula 3 petang (Sabtu) hingga 1 tengah hari tadi, di Kompleks Imigresen Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam.


“Operasi membabitkan tiga pegawai dan 12 anggota untuk mengesan aktiviti penyalahgunaan dadah ketika orang ramai memasuki negara ini selain membanteras kemasukan dadah melalui sempadan negara.


“Sebanyak 30 kenderaan serta 15 motosikal diperiksa dan sebanyak 31 individu diarahkan menjalani ujian saringan air kencing dan daripada jumlah itu, 23 positif pelbagai jenis dadah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Beliau berkata mereka yang ditahan terdiri 21 lelaki dan dua wanita yang berusia antara 18 hingga 40 tahun, termasuk pelajar tingkatan enam itu bersama pasangannya berusia 25 tahun yang ditahan pada 6 pagi tadi.


“Selepas ujian air kencing dijalankan, pelajar itu didapati positif ketamin (dipercayai diambil) ketika berhibur di sebuah pusat hiburan, manakala individu lain didapati positif ganja, methamphetamine dan MDMA,” katanya.

Khairul Anwar berkata mereka ditahan mengikut Seksyen 3(1)(a) Akta Penagih dan Penyalahgunaan Dadah dan Bahan (Rawatan dan Pemulihan) 1983 untuk tindakan lanjut.


Berdasarkan siasatan awal, kebanyakan yang ditahan pengguna kali pertama yang mencuba dan mengambil dadah di tempat hiburan.


“AADK mencadangkan agar ujian air kencing terus dijalankan kepada pelajar untuk mengesan aktiviti penyalahgunaan dadah, khususnya di sekolah,” katanya. –Bernama #KelantanDaily

TERKINI

Thailand Bina Pagar Kawat Berduri 99KM Di Sempadan Kelantan-Narathiwat
|
Wilayah Tentera Ke-4 Thailand bakal membina pagar kawat berduri…
Kanak-Kanak Autistik Tujuh Tahun Maut Terjatuh dari Tingkat 13 Pangsapuri
|
Seorang ibu dari Pasir Puteh, Kelantan tidak menyangka perasaan…
Siapa Aliff Sor Dechapan? Kenali Juara Dunia Muay Thai Dari Kelantan
|
Nama Aliff Rakib kini terpahat dalam sejarah sukan tempur…
Thailand Laksana Undang-Undang Tentera Di Narathiwat Selepas Serangan Maut
|
Kerajaan Thailand mengisytiharkan pelaksanaan undang-undang tentera di 13 daerah…
Dua Pelajar Perempuan Ditemui Maut Jatuh Dari Flat Terbiar Di Ipoh
|
Dua pelajar perempuan berusia 14 tahun ditemui maut selepas…
Sejarah Tercipta! Aliff Rakib Raih Gelaran Dunia Pertama Malaysia Di ONE Championship
|
Jaguh Muay Thai negara, Aliff Rakib, mencipta sejarah apabila…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!