Empat lelaki direman bantu siasat kes bunuh di Sungai Kelantan

KOTA BHARU – Empat pekebun sawit dan getah direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang lelaki di Sungai Kelantan berhampiran Jambatan Sultan Yahya Petra, di sini pada 24 Ogos lepas.

Perintah reman terhadap empat lelaki berusia lingkungan 50-an itu dikeluarkan oleh Majistret Rais Imran Hamid bermula hari ini hingga Selasa depan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud berkata, tahanan reman tersebut bertujuan membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Beliau berkata hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah akibat kesan kelar pada bahagian leher.

“Mangsa merupakan warga tempatan dan usaha sedang dijalankan bagi mengenal pasti identitinya melalui padanan cap jari serta laporan DNA,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada 25 Ogos lepas, Bernama melaporkan mayat seorang lelaki dengan kesan luka di leher ditemukan terapung di tebing Sungai Kelantan berhampiran Jambatan Sultan Yahya Petra, di sini. –#KelantanDaily

Sumber: Bernama

TERKINI

Kerajaan Akan Naikkan Jumlah Bantuan SARA Dalam Masa Terdekat – PM
|
Kerajaan memberi bayangan bahawa kadar Sumbangan Asas Rahmah (SARA)…
Proton Saga Terbakar Di Persimpangan Lampu Isyarat Lapangan Terbang Pengkalan Chepa
|
Sebuah kereta Proton Saga berwarna putih terbakar di persimpangan…
Empat Pengedar Dadah Bergelut Dengan Polis Sebelum Dicekup di Jelawat
|
Cubaan empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam kegiatan pengedaran…
Baru Sehari Dapat Sijil Kejuruteraan, Pemuda Maut Dilanggar Warga Asing
|
Perjalanan pulang seorang lelaki dari tempat kerja berakhir dengan…
PDRM Kelantan Catat Penurunan Jenayah Indeks Dan Kes Narkotik
|
Kadar jenayah indeks di Kelantan terus menunjukkan trend positif…
Polis Johor Rampas Methamphetamine RM3.04 Juta, Remaja 16 Tahun Antara Lapan Ditahan
|
Seorang remaja berusia 16 tahun antara ditahan dipercayai menjadi…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!