‘Dah seminggu ayah hilang’ – Keluarga mohon doa orang ramai

TUMPAT – Kehilangan seorang nelayan warga emas sejak hampir seminggu lalu di perairan daerah ini terus mengundang rasa pilu dalam kalangan ahli keluarganya yang masih menanti kepulangan mangsa.

Menantu mangsa, Nur Farah Hana Razali, 27, berkata keluarga reda dengan sebarang ketentuan, namun tetap tertanya-tanya mengenai keadaan bapa mentuanya, Ahmad Hussin, 71, yang sehingga kini belum ditemui.

“Kalau boleh kami nak tengok jasad dia, barulah lega. Tapi setakat ini, kami masih tertanya-tanya ayah di mana. Adakah dia berada di laut dalam keadaan hujan, panas atau ribut. Kami memang tak sedap hati.

“Kami juga merayu kepada orang ramai, sama ada kenal atau tidak, agar sama-sama berdoa. Mana tahu doa sesiapa yang makbul, semoga ayah segera ditemui,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Ahmad, bapa kepada enam anak, disedari hilang selepas tidak pulang ke rumah sejak Ahad lalu. Dia keluar memancing seorang diri menggunakan bot fiber miliknya dari Jeti Tanjung Kuala sekitar jam 7.30 pagi.

Menurut Nur Farah Hana, selepas menerima khabar kehilangan itu, dia bersama suami bergegas pulang dari Perak ke Kelantan untuk bersama keluarga menanti perkembangan pencarian.

Katanya lagi, ibu mentuanya, Che Bunga Yaakob, 63, turut berada dalam keadaan tidak menentu sejak insiden itu berlaku.

“Ibu mentua saya tidur tak lena, sering terjaga kerana terbayang wajah suaminya. Selera makan pun tiada, malah dia juga mula demam kerana terlalu risau.

“Suami saya sendiri ikut serta menaiki bot penduduk kampung untuk membantu usaha mencari ayah,” ujarnya.

Sementara itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang digerakkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan dengan kerjasama agensi keselamatan lain serta bantuan nelayan tempatan masih diteruskan, namun belum menemui sebarang petunjuk.

#KelantanDaily
Sumber: Sinar Harian

TERKINI

APM Ambil Masa Lebih 5 Jam Pindahkan Pesakit Obesiti 180kg Di Pasir Mas
|
Angkatan Pertahanan Awam (APM) mengambil masa lebih lima jam…
Pilihan Raya Negeri SG4 Dijangka Diadakan Serentak Dengan PRU16
|
Empat negeri yang ditadbir Perikatan Nasional (PN) iaitu Kelantan,…
200 Unit Vape Bernilai RM20,000 Dirampas Di Tepi Sungai Golok
|
Cubaan menyeludup 200 unit peranti vape ke Thailand gagal…
RESET Himpun 20,000 Penyokong, Fokus Bantu PAS Menang PRU
|
Pimpinan Gerakan RESET menegaskan mereka berjaya menghimpunkan kira-kira 20,000…
Kelantan Catat Kadar Penagih, Penyalahgunaan Dadah Tertinggi – AADK
|
Kelantan terus merekodkan kadar tertinggi penyalahgunaan dadah di Malaysia…
Facebook Dan Messenger Alami Gangguan, Pengguna Di Seluruh Dunia Terjejas
|
Platform media sosial Facebook dan aplikasi Messenger dilaporkan mengalami…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!