Kelantan sasarkan Satu Keluarga Satu Rumah, termasuk bukan Islam

MACHANG – Kerajaan Negeri Kelantan menetapkan sasaran jangka panjang untuk memastikan setiap keluarga di negeri ini memiliki sebuah rumah, termasuk keluarga bukan Islam yang layak.

Timbalan Menteri Besar Kelantan YB Dato’ Dr. Mohamed Fadzli Hassan menegaskan bahawa dasar tersebut bersandarkan prinsip keadilan dalam Islam yang menekankan hak setiap individu tanpa mengira latar belakang agama.

“Orang bukan Islam juga berhak memiliki rumah. Mengikut cara Islam, orang yang berhak mesti diberi haknya. Maka keluarga Cina, India atau mana-mana yang layak tetapi tidak mempunyai rumah, akan dipastikan hak mereka turut dipenuhi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Kunci dan Surat Tawaran Rumah Mesra Rakyat (RMR) Negeri Kelantan di Kampung Banggol Kemian, Temangan, semalam.

Menurut YB Dr. Mohamed Fadzli, sejak tahun 2002 hingga 2025, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) telah berjaya menyiapkan 11,307 unit RMR di Kelantan, termasuk 537 unit di daerah Machang, dengan 81 unit daripadanya terletak di kawasan Dewan Negeri (DUN) Temangan.

Dalam masa yang sama, beliau menasihatkan orang ramai agar membuat permohonan rumah RMR secara dalam talian melalui laman rasmi SPNB, dan tidak terpedaya dengan penjualan borang oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“SPNB tidak pernah menjual borang secara fizikal atau melantik mana-mana orang tengah. Semua permohonan hanya melalui sistem atas talian,” tegasnya.

Sementara itu, Pengerusi SPNB, Dato’ Prof. Dr. Azmi Mohd Lila berkata, kejayaan program RMR membuktikan komitmen berterusan agensi itu dalam menyokong agenda perumahan negara.

Katanya, bagi tahun 2025 sahaja, SPNB diberi mandat membina 5,450 unit RMR di seluruh negara, dengan 855 unit diperuntukkan untuk Kelantan, dan setakat ini 526 unit telah berjaya disiapkan.

Untuk rekod, SPNB telah membina 73,000 unit RMR di seluruh Malaysia sejak program ini diperkenalkan.

Setiap rumah berkeluasan 750 kaki persegi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air yang ditawarkan pada harga RM75,000.

Kerajaan memberi subsidi RM20,000 manakala baki RM55,000 dibiayai melalui pinjaman tanpa riba yang boleh dijelaskan dalam tempoh 16 tahun.

Syarat kelayakan termasuk warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas dengan pendapatan isi rumah RM5,000 ke bawah, tidak memiliki rumah atau hanya memiliki rumah usang, serta mempunyai tanah sendiri sekurang-kurangnya 3,000 kaki persegi atau kebenaran daripada pemilik tanah. –MediaPoint #KelantanDaily

TERKINI

JKDM Kelantan Rampas Rokok Seludup Bernilai Lebih RM500,000 di Bachok
|
Sebuah bangsal kayu di Kampung Kubang Bulat, Gunong, Bachok…
Lamine Yamal ‘Versi Kelantan’ Curi Perhatian Ketika Tayangan Akhir Piala Dunia
|
Bukan sahaja aksi final Piala Dunia FIFA menjadi tumpuan,…
Kelantan Kini Pengeluar Mangan Ketujuh Terbesar Dunia
|
Ramai mungkin tidak mengetahui bahawa Kelantan kini berada pada…
Kelantan Roboh Premis Dan Tiga Rumah Haram Dibina Etnik Rohingya di Tanah Merah
|
Kerajaan Kelantan mengambil tindakan merobohkan sebuah premis dan tiga…
Kelantan RW Bertemu Selangor FC Dalam Aksi Pembukaan Liga Super
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) bakal membuka kempen…
Ketua Polis Balai di Kelantan Wajib Buat Sekurang-kurangnya Satu Tangkapan Dadah Sehari
|
Polis Kelantan memperkenalkan strategi baharu dalam usaha membanteras penyalahgunaan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!